Tuesday, December 29, 2015

Tokoh-Tokoh IPM


Buku ini baskhah terakhir yang saya temui di kedai buku Pages yang terletak di Melaka Mall. Buku yang dijual dengan harga RM 5 ini memaparlan tokoh-tokoh sastera kelahiran anak Melaka dan yang bermastautin di Melaka memperjuangkan kemerdekaan dan sastera. Mengambil semangat ASAS 50, Ikatan Persuratan Melayu ditubuh.Tokoh-Tokoh IPM. Banyak nama-nama besar dalam buku ini. Antara nama besar Hj Mokhtar Yassin, Datuk Usman Awang, Datuk Jamil Sulong, Zaharah Nawawi dan ramai lagi

Monday, December 28, 2015

Berita Bicara Karya Penulis Selatan



Alhamdulilah Program Bicara Karya penulis Selatan yang berlangsung pada awal Oktober di Kolej Universiti Islam Melaka dengan kerjasama KUIM< DBPWS, ITBM, dan PPJ tersiar di majalah Jendela Selatan Edisi Disember 2015 dan akhbar Berita Harian.

Alhamdulilah program ini juga mendapat sambutan hangat dari dua buah sekolah  sekitar Masjid Tanah dan pelajar-pelajar Fakulti Sains Sosial. Panel yang hadir seperti SM Zakir, Dr Shamsudin Othman dan Nazmi Yaakub dan Moderator  pula adalah Penyair Melaka iaitu Tn Hj Rani Embi.

Tuesday, December 8, 2015

Sekitar Dialog Selatan di Batam



Pada 4 hingga 7 Disember, Ikatan Persuratan Melayu  telah dijemput  ke Batam. Jemputan bermakna ini ini atas tiket GAPENA untuk membentangkan kertas kerja sempena Hari Jadi Batam ke-186 tahun serta Dialog Selatan. Jemputan ini di hadiri oleh Tuan Hj Abdul Razak Adam selaku ketua 1, Tn Hj Shaharudin sebagai Ketua 2, Puan Zamidah Hashim dan Encik Sufrie mewakili IPM . Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu telah membentangkan hasil kerja bertajuk Hasil Penerbitan Ahli IPM Antara Tahun 2000-2015. Laporan penuh bolehlah ke blog Ketua 1 Tn Hj Abdul Razak Adam














Thursday, October 22, 2015

Berita Bengkel Penulisan Novel Bersama Maria Kajiwa


Alhamdulilah Bengkel penulisan Novel Bersama Maria Kajiwa tersiar di dalam akhbar Melaka Hari Ini pada 22 Oktober 2015 . berita ini dihantar oleh Ketua 2 IPM Tn Hj Shaharudin kepada Wartawan MHi iaitu Aflieza Arshad.
Bengkel yang berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2015 antara bengkel yang paling berjaya dan banyak disertai oleh peserta-peserta luar, Peserta paling jauh dari Pulau Pinang

Sunday, September 6, 2015

Bengkel Penulisan Biografi

















Bengkel penulisan Biografi diadakan pada 5 hingga 6 September 2015 di KPA Pak Ali, Umbai. Penceramah yang diundang ialah Dr Jeniri Amir yang merupakan Penganalisis Politik dan juga Pensyarah UNIMAS.
Beliau menerangkan dengan lebih jelas bagaimana untuk menulis biografi yang baik.  Bengkel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah disertai oleh beberapa ahli IPM seperti Sharifah Aisiah, Norhidayah, Saadiah Shuib, Maria Kajiwa, Cikgu Salleh, Sinarta, Siti Zuraiha, Zuhaidah, Zaiton Md Tawil, Nadiatul Husna.

Tuesday, August 25, 2015

Bicara Buku 2015

Assalamualaikum

Sesi Bicara Buku bakal dibicarakan. Buku-buku tersebut antara buku karya ahli-ahli IPM yang memenangi Sayembara ITBM pada tahun 2013.

Sesi Bicara Buku ini akan dimaklumkan nanti




Bengkel Penulisan Novel

Bengkel Penulisan Novel anjuran Ikatan Persuratan Melayu.
Moderator bengkel Novelis Maria Kajiwa.
Pada 2 hingga 4 Oktober 2015
Jumaat hingga Ahad
Bertempat di, Sungai Rambai Melaka.
Penginapan, makan minum dan nota disediakan Pengangkutan dari rumah sendiri
Bayaran RM 150.
Peserta yang berminat harus membayar RM 100 dahulu sebagai persertujuan penyertaan. Bayaran penuh digalakkan. Bagi peserta yang menarik diri tetapi telah membuat bayaran, wang tidak akan dipulangkan. Tarikh mula pembayaran akan dimaklumkan.
Bengkel hanya untuk mereka yang berminat menjadi Novelis dan belum pernah ada novel. Penyertaan ini terbuka kepada semua tanpa had umur dan luar Melaka boleh sertai.
Tempat terhad!
Boleh hubungi saya melalui Whatsapp atau Telegram 0193914673
Email: idanardiel@gmail.com

* Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa

Saturday, August 15, 2015

Berita Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpisah Tiada

Dari dalam Majalah Jendela Selatan edisi Ogos. Artikel mengenai Forum Sastera dan Budaya berpisah tiada

Saturday, May 16, 2015

Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada.





Pada 16 Mei 2015- Sabtu pada jam 8 pagi  telah berlangsung satu program usahama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan iaitu Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada di Hotel Seri Costa, Banda Hilir.
            Mini Forum ini telah mengenai Sastera dan Budaya Berpisah Tiada disertai oleh ahli-ahli IPM, dan peserta perseorangan. Moderator yang mengendalikan Mini Forum ini ialah Encik Mohammed Nasser yang merupakan AJK Editor Malaysia. Forum yang berlangsung sekitar 2 jam dibicarakan oleh Sasterawan Negara, A.Samad Said dan penerima Ijazah Kehormat Persuratan Melayu 2008 oleh Universiti Utara Malaysia, saudara Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai Dinsman.
            Mini forum ini merupakan satu wacana ringkas untuk menghimpunkan kesedaran kepada golongan penulis mengenai kepentingan dan fungsi sastera dan budaya yang harus seiring. Sastera dan budaya merupakan satu wadah yang amat penting dalam mengungkapkan tahap kemanusiaan kita yang sedia ada. Tahap ketinggian sesuatu peradaban itu dapat dilihat dalam pencapaian kesusasteraan dan keseniannya (budaya).
Objektif Mini forum ini meliputi semangat patriotisme dalam kalangan penulis,  persefahaman dan meningkatkan integerasi nasional dalam kalangan penulis perlbagai kaum, memperkukuhkan jati diri bangsa dan membina jati diri yang kukuh dalam sastera, menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi penulis yang berwawasan dan memupuk minat dan apresiasi terhadap sastera dan budaya dalam kalangan penulis
            Dinsman memperkatakan tentang kepentingan budaya dalam sastera. Beliau yang merupakan Pengarah teater Bukan Bunuh Diri dan Menunggu Kata Dari Tuhan dan tutut aktif sebagai aktivis Budaya menekankan bahawa seni-budaya sesuatu yang fitrah dalam kehidupan dan amat diperlukan oleh manusia. Seni-budaya dengan tekad budayanya berusaha untuk mengembalikan keseimbangan denganmemperbanyakkan aktiviti seni-budaya dalam masyarakat dan mendidik masyarakat agar menghargai dan menikmati karya-karya sastera dan seni budaya.
Bagi Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said pula, berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar Penulis sehingga dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Beliau turut menyentuh peranan Asas 50 yang menjadikan sastera sebagai alat menentang penjajah. Menurut beliau lagi Sasterawan membabat ilmu sisasah. Kekayaan boleh membeli pemerintahan  tetapi kita sebagai masyarakat menyediakan kehidupan untuk anak cucu kita. Sasterawan juga menjadi Budayawan dengan menulis dan mempraktikkan apa yang ditulis.
Malahan Forum ini juga dikaitkan dengan kepentingan Sains di kalangan penulis.  Seni dengan sains, Budaya dengan sains,  Sastera dan Sains dan dan bagaimana jika keempat-empat  elemen digabungkan dalam masyarakat. Walaupun adakala saling memerlukan dan tidak memerlukan namun pemisahan ini bukan satu masalah kepada masyarakat.

Sastera Budaya  merakamkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat. Dengan itu kita boleh mengetahui status sosial, aktiviti masyarakat, system pentadbiran Negara, selain menikmati estetiknya sebagai karya sastera yang sangat indah.. karya sastera menjadi wadah penting untuk merekodkan pelbagai hal yang menyentuh kehidupan amsyarakat disamping memancarkan system pemerintahan, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya.

Monday, March 2, 2015

Kembara Sastera Sungai Linggi








































1 Mac 2015- Ikatan Persuratan Melayu (IPM) menganjurkan kembara sastera Sungai Linggi. 40 orang peserta mengikuti bagi menikmati keindahan dan kehijauan  sepanjang perjalanan hingga ke Tg Agas yang mengambil masa hingga 2 jam setengah. Kami bertolak dari jeti Kg Paya lebar menyusuri perlahan-lahan sungai hingga menemui dua sempadan yang menghubungkan Melaka dan Negeri Sembilan.
            Pernah dikaitkan dengan laluan yang digunakan oleh Hang Tuah semasa membawa puteri Tun Teja dari Pahang untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah. Malahan Sungai sejarah ini turut dikaitkan dengan Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Poh. Selain itu Sungai yang dikaitkan dengan udang galah ini dikatakan menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China maka tidak hairanlah jika wujud tempat bernama Ramuan China dan Lubok China.
Sungai Linggi adalah jalan pengangkutan yang sangat penting dan di beberapa kawasan di sungai itu terutama di kawasan Sungai Rembau dan Sungai Pedas ada didirikan kubu pertahanan ketika berlaku peperangan dengan Inggeris satu masa dahulu.
Kami singgah ke pusat pembakaran arang yang disahakan oleh pasangan suami isteri. Proses pembakaran arang ini mengambil masa 24 jam. Kami diterangkan bagaimana proses menghasilkan arang. Arang yang telah siap dibungkus  mendapat permintaan tinggi hingga ke luar Melaka dan Negeri Sembilan terutama peniaga-peniaga Ikan .
Menurut sumber lisan, dahulu-kala Sungai Linggi boleh d imudik sejauh ke Pantai. Kapal-kapal kecil boleh belayar jauh ke pedalaman lembah Sungai Linggi. Sejarah awal sekitar abad ke-16 Masihi, Sungai Linggi menjadi laluan perdagangan utama antara Melaka dan Sungai Ujong. Pada abad ke-18 Masihi,ia menjadi laluan perdagangan bijih timah. juga menjadi kawasan dan sempadan pengaruh politik antara Datuk Syahbandar Sungai Ujong dan Datuk Kelana Sungai Ujong. Datuk syahbandar Sungai Ujong mengawal dan berpengaruh bermula dari Linggi, Pengkalan Kempas, Rantau,Mambau, Rahang, Bukit Kepayang dan Labu. Manakala Datuk Kelana Sungai Ujong berpengaruh dari Lenggeng, Mantin, Ampangan, Paroi dan Sungai Gadut.
            Seterusnya kami ke Kota Simpang yang merupakan   peninggalan  sejarah  dari  Zaman  Belanda  datang  ke  Melaka. Tapak yang dipercayai bangunan pentadbiran Belanda ketika menjajah Melaka masih mempunyai tiang, tembok dan perigi.
Sebelum pulang kami singgah ke Taman Lokan. Di situ, beberapa orang ahli IPM termasuk ketua 1,  Tn Hj Razak Adam membacakan sajak berkaitan dengan keindahan sungai, kehidupan nelayan, perjuangan dan sebagainya.

Kembara sastera ini berakhir pada jam lima petang dengan menyaksikan nelayan-nelayan menjala, memancing, bangau putih singgah di pesisir  sungai, monyet-monyet berkeliaran di tepi sungai smabil memanjat dan bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain. Malahan kami turut menyaksikan pelbagai jenis pokok dan buah-buahan yang sukar ditemui di pesisir sungai ini.