Thursday, November 28, 2013

Tawarikh Ibu





Karya terbaru penulis tersohor kelahiran Melaka, Razali Endun. Penulis veteran ini tidak pernah jemu menulis walaupun pernah terhenti seketika. Menulis kisah Allahyarhamah Ibu Zain, seorang pejuang pendidikan. Kisah Ibu Zain yang dikaji oleh Pak Razali sehingga menemui keluarga Allahyarhamah Ibu Zain telah memenangi hadiah sagu hati Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor III . Malahan Pak Razali menemuramah anak Ibu Zain iaitu, Adiba Amin. Pak Razali selaku Ketua 1 IPM tidak jemu menulis dan membuat kajian untuk setiap karyanya.

Saya sudah membaca novel ini. Sungguh sebuah karya yang hebat menyelusuri setiap perjuangan pendidikan malahan boleh dijadikan ikon bagi wanita di Malaysia. Anak-anak remaja, bacalah buku ini, singkaplah sejarah hidup seorang tokoh wanita hebat iaitu Ibu Zain. Barangkali masih ada anak muda yang tidak mengenali siapa Ibu Zain!

TAWARIKH IBU
Razali Endon
ISBN 978-967-5361-12-8
Harga RM19.00

Setiap langkah perjuangan mendambakan pengorbanan. Menuntut kemerdekaan tanah air adalah perjuangan yang panjang. Tawarikh Ibu menyingkap jejak juang seorang tokoh pendidikan yang juga tokoh kemerdekaan. Pemilik nama Zainun bte Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain telah mengangkat legasi yang mesti dipelihara oleh generasi kini. Beliau menempuhi pelbagai sudut cabaran untuk menjulang Malaya ke puncak kemerdekaan. Tawarikh Ibu membawa pembaca ke dunia perjuangan Ibu Zain.

Tawarikh Ibu disampaikan dalam rentetan kisah yang terpelihara melalui cucunda Ibu Zain, Nadia - seorang wartawan yang bertugas di luar negara. Memenuhi tuntutan kerjaya, nadia meniti setiap peristiwa sejarah nendanya dengan rinci. Paling utama Nadia mencari misteri, mengapa majikannya Mr. Thomas Cook bersungguh-sungguh mahu mengenali Ibu Zain? Di luar makluman Mr. Thomas Cook, Nadia merahsiakan statusnya yang merupakan cucunda Ibu Zain. Seusai memperolehi semua jawapan, Nadia dikejutkan dengan sebuah berita...

Wednesday, November 20, 2013

Rumusan daripada Program Bicara Buku

Pada 17 November telah berlangsung Sesi Bicara Buku yang membincang dua buah karya hebat tulisan dua  ahli IPM iaitu Kasih Seharum Manisah karya A. Razak Adam terbitan PTS dan 3 Enigma Cinta tulisan Zamidah Hashim terbitan DBP


Hasil daripada sesi tersebut, novel Seharum Kasih Manisah sebuah novel yang menarik dari susunan polotnya cuma bila menggunakan teknik imbas kembali seperti melompat-lompat. Kemudian apa yang menarik novel ini seperti buku ilmu ataupun buku penceritaan ataupun buku rujukan. Menariknya, penulis turut menulis perbezaan ibadat  dan adat. Selain itu, penulis juga memasukkan hadis dan pantun sebagai tarikan para pembaca. Menariknya, penulis juga berkongsi pengalaman bagi memantapkan karyanya, belai sanggup ke  Muzium padi di Kedah bagi mengetahui fungsi peralatan dan perkakasan bercucuk tanam padi.

Bagi novel 3 Enigma cinta, sebuah novel feminisme yang mengisahkan 3 sahabat baik yang berebza latar belakang. Olahan cerita ini sangat menarik dan seperti saya menonton  sebuah drama bersiri Desperate Housewives.  Setiap watak sahabat berbeza peranan tetapi mengalami masalah rumah tangga. Di sini susuanan jalan cerita menarik namun peranan wanita dalam rumah tangga mereka berebza, dan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga dengan menggunakan bomoh. Salah seorang sahabat redha dengan perkahwinan yang gagal dan seorang lagi tidak percaya yang dia diceraikan dengan si suami sedangkan rumahtangganya tidak bergolak