Monday, June 30, 2014

Bicara Karya: Karya sastera vs Karya Popular









Pada 28 Jun 2014 telah berlangsung satu program bicara karya. Kali ini tidak membicarakan buku penulis sebaliknya membicarakan topik yang sentiasa ditimbulkan dikalangan penulis-penulis di Malaysia.

Program yang telah berlangsung di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka telah dihadiri lebih kurang 11 orang penulis yang sebahagiannya adalah ahli IPM seperti Maria Kajiwa, Upenyu Samora, Zaiton Md Tawil dan ramai lagi.

Bicara karya ini sekali lagi cuba mengangkat akan kehebatan karya sastera walaupun kurang diminati namun karyanya sentiasa diingati sampai bila-bila. Karya sastera biasanya mengugkap tema yang sangat berang seperti masalah masyarakat, peperangan, kemerdekaan dan sebagainya.

Ini berbeza dengan karya popular yang sinonim dengan cinta malahan tema kahwin paksa dan kahwin kontrak juga terllau biasa di kalangan penulis sehingga bukan sahaja penulis malahan pembaca turut muak dengan tema sedemikian. Apakah tiada tema lain yang boleh diketengahkan dalam karya popular selain cinta?

Namun ulasan dari Novelis terkenal iaitu Maria Kajiwa cukup mantap. Bagi beliau tema kahwin paksa dan kahwin kontrak adalah tema 'evergreen' yang biasanya sudah dihadam oleh pembaca. Namun ada sebahagian pembaca masih meminati tema seperti itu. Di dalam hal ini tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan. waalu apa pun perbezaan genre penulisan, perjuangan ialah bahasa.

Manakala bekas Setiausaha 1 IPM, Tn Hj Husin Embi mengungkapkan perjalanan karya sastera bermula sebelum kemerdekaan. Banyak karya-karya sastera sebelum kemerdekaan mengajak para pembaca menuntut kemerdekaan dan berjuangkan hak-hak orang Melayu dan perjuangan di tanah Malaya

dalam pukul 12 tengahari para penulis pula membacakan sajak-sajak tema Ramadhan bagi menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak  pada 29 Jun 2014

Salam Ramadhan

Monday, June 16, 2014

Bengkel Penulisan Cerpen dan Sajak








Permatang  Pasir, Melaka -  Pada 13 hingga 15 Jun telah berlangsung satu bengkel penulisan cerpen dan sajak usahasama Ikatan Persuratan Melayu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Bengkel yang dijalankan di Kak Long Chalet Resort. Bengkel ini telah menjemput dua penulis yang juga bekas penulis Minggu Penulis Remaja (MPR) iaitu Salman Sulaiman dan Fahd Razy untuk berkongsi teknik penulisan dan pengalaman sepanjang bergelar penulis.
            Fahd Razy telah dipertanggungjawabkan  menyampaikan dan membimbing para peserta dalam penulisan sajak. Penulis muda tersohor ini membantu penulis bagaimana untuk menghasilkan sajak yang bermutu dan diterima oleh Editor. Pelbagai saranan yang diberikan agar penulis tidak berputus asa.
            Manakala Salman Sulaiman pula mengendalikan bahagian penulisan cerpen. Penulis mapan yang telah menghasilkan 4 buah buku ini membimbing para peserta bagaimana untuk menghasilkan cerpen yang baik dan beliau meninggatkan para peserta agar menulis dengan ayat yang bermaruah. Penulis mapan dari Machang Kelantan ini menyarankan agar setiap peserta membaca karya-karya sastera yang berat dan memberi manfaat jika mahu menjadi penulis hebat seperti Datuk A.Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah dan ramai lagi.
            Dalam bengkel ini sesi bedah karya cerpen dan sajak telah diadakan. Sebelum ini, para peserta telah diminta mengirimkan karya masing-masing untuk dibedah oleh dua penceramah. Sesi bedah karya sajak, Fahd Razy telah menilai dan memberi komen setiap sajak peserta dengan lebih mendalam. Setiap peserta diberi sajak peserta lain dan diminta mengulas apa yang difahami mengenai sajak rakan peserta yang lain. Setiap isi kata sajak peserta dihuraikan satu persatu agar memastikan sajak yang dihasilkan bermakna ataupun tidak. Fahd Razy juga menerangkan bagaimana untuk menggunakan teknik perulangan dengan baik agar tidak terlalu klise begitu juga dengan penggunaan simile, metafora, perlambangan dan sebagainya. Fahd Razy juga menyarankan agar para peserta sentiasa embaca sajak-sajak penulis hebat seperti Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail dan ramai lagi.
            Bagi sesi bedah karya cerpen pula, Salman Sulaiman telah membedah setiap cerpen peserta dengan menghuraikan setiap tema, dialog, plot dan sebagainya. Beliau menyarankan agar peserta tidak terlalu ikut gaya penulisan novel. Sebaiknya cepen yang dhasilkan juga harus menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai dan tidak meleret-leret. Beliau juga menyentuh penggunaan tajuk yang sesuai dan mudah untuk pembaca.
            Selesai sesi bedah karya, para peserta diminta mendeklamsikan sajak. Dengan cara begini, para peserta boleh bersajak dan  membina keyakinan sewaktu berhadapan dengan masyarakat luar. Penceramah dilantik menjadi juri bagi menilai para peserta dari segi suara, gaya dan persembahan. Para penceramah yang juga pembimbing diminta mencari sajak dan cerpen terbaik peserta. 3 pembaca sajak terbaik ialah Siti Zuraiha Husin, Shamsul Kahar Mohamad dan Mohd Idham Khalil. Bagi cerpen terbaik pula dimenangi oleh Nurlidah Haun bagi cerpen bertajuk Sepuluh ringgit. Bagi sajak pula bertajuk Kalut menjadi Jalut karya Norhafizah Kassim.

            Pada hari terakhir, Salman Sulaiman dan Fahd Razy merumuskan setiap perbincangan dari hari pertama hingga hari terakhir mengenai cerpen dan sajak. Para penceramah juga meminta para peserta kena yakin dan menghargai karya  masing-masing dengan menghantar ke mana-mana terbitan untuk disiarkan.