Monday, June 30, 2014

Bicara Karya: Karya sastera vs Karya Popular









Pada 28 Jun 2014 telah berlangsung satu program bicara karya. Kali ini tidak membicarakan buku penulis sebaliknya membicarakan topik yang sentiasa ditimbulkan dikalangan penulis-penulis di Malaysia.

Program yang telah berlangsung di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka telah dihadiri lebih kurang 11 orang penulis yang sebahagiannya adalah ahli IPM seperti Maria Kajiwa, Upenyu Samora, Zaiton Md Tawil dan ramai lagi.

Bicara karya ini sekali lagi cuba mengangkat akan kehebatan karya sastera walaupun kurang diminati namun karyanya sentiasa diingati sampai bila-bila. Karya sastera biasanya mengugkap tema yang sangat berang seperti masalah masyarakat, peperangan, kemerdekaan dan sebagainya.

Ini berbeza dengan karya popular yang sinonim dengan cinta malahan tema kahwin paksa dan kahwin kontrak juga terllau biasa di kalangan penulis sehingga bukan sahaja penulis malahan pembaca turut muak dengan tema sedemikian. Apakah tiada tema lain yang boleh diketengahkan dalam karya popular selain cinta?

Namun ulasan dari Novelis terkenal iaitu Maria Kajiwa cukup mantap. Bagi beliau tema kahwin paksa dan kahwin kontrak adalah tema 'evergreen' yang biasanya sudah dihadam oleh pembaca. Namun ada sebahagian pembaca masih meminati tema seperti itu. Di dalam hal ini tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan. waalu apa pun perbezaan genre penulisan, perjuangan ialah bahasa.

Manakala bekas Setiausaha 1 IPM, Tn Hj Husin Embi mengungkapkan perjalanan karya sastera bermula sebelum kemerdekaan. Banyak karya-karya sastera sebelum kemerdekaan mengajak para pembaca menuntut kemerdekaan dan berjuangkan hak-hak orang Melayu dan perjuangan di tanah Malaya

dalam pukul 12 tengahari para penulis pula membacakan sajak-sajak tema Ramadhan bagi menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak  pada 29 Jun 2014

Salam Ramadhan

No comments:

Post a Comment