Friday, August 6, 2021

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka kali ke-35

Alhamdulilah. Pada tahun ini IPM kembali  diberi kepercayaan oleh GAPENA untuk mengendalikan acara tradisi tahunan iaitu Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka kali ke-35. Ini merupakan kali ketiga IPM akan menganjurkannya bersama GAPENA, JKKN Melaka dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS)

Kali ke-32 pada tahun 2018 IPM menganjrkan di Dewan SMK(A) Sharifah Rodziah dengan kerjasama  GAPENA, DBPWS dan SMK (A) Sharifah Rodziah. Pada  kali ke-33 pada tahun 2019, IPM sekali menganjurkannya di Dewan PLatinum dengan kerjasama DBPWS, GAPENA dan Politeknik Merlimau.

Pada tahun ini, musim pandemik, untuk kali ketiga berbeza seperti tahun-tahun yang lepas. IPM bersama persatuan-persatuan kerabat GAPENA menganjurkannya dalam talian. Untuk tahun ini IPM bersama GAPENA, DBPWS dan JKKN Melaka akan bergabung untuk melancarkan perjalanan SDPK peringkat Negeri Melaka.

Bagi IPM, tarikh akhir menghantar video penyertaan adalah pada 15 Ogos 2021. Pihak juri akan menilai video tersebut seterusnya akan memilih 6 peserta yang terbaik untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 28 Ogos 2021.


Hadiah yang ditawarkan

Johan: RM 1000.00 bersama sijil dan cenderahati

Naib Johan: RM 700.00 bersama sijil dan cenderahati

Ketiga: RM 500.00 bersama sijil dan cenderahati

3 Saguhati: RM 200 bersama sijil dan cenderahati.