Saturday, May 16, 2015

Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada.





Pada 16 Mei 2015- Sabtu pada jam 8 pagi  telah berlangsung satu program usahama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan iaitu Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada di Hotel Seri Costa, Banda Hilir.
            Mini Forum ini telah mengenai Sastera dan Budaya Berpisah Tiada disertai oleh ahli-ahli IPM, dan peserta perseorangan. Moderator yang mengendalikan Mini Forum ini ialah Encik Mohammed Nasser yang merupakan AJK Editor Malaysia. Forum yang berlangsung sekitar 2 jam dibicarakan oleh Sasterawan Negara, A.Samad Said dan penerima Ijazah Kehormat Persuratan Melayu 2008 oleh Universiti Utara Malaysia, saudara Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai Dinsman.
            Mini forum ini merupakan satu wacana ringkas untuk menghimpunkan kesedaran kepada golongan penulis mengenai kepentingan dan fungsi sastera dan budaya yang harus seiring. Sastera dan budaya merupakan satu wadah yang amat penting dalam mengungkapkan tahap kemanusiaan kita yang sedia ada. Tahap ketinggian sesuatu peradaban itu dapat dilihat dalam pencapaian kesusasteraan dan keseniannya (budaya).
Objektif Mini forum ini meliputi semangat patriotisme dalam kalangan penulis,  persefahaman dan meningkatkan integerasi nasional dalam kalangan penulis perlbagai kaum, memperkukuhkan jati diri bangsa dan membina jati diri yang kukuh dalam sastera, menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi penulis yang berwawasan dan memupuk minat dan apresiasi terhadap sastera dan budaya dalam kalangan penulis
            Dinsman memperkatakan tentang kepentingan budaya dalam sastera. Beliau yang merupakan Pengarah teater Bukan Bunuh Diri dan Menunggu Kata Dari Tuhan dan tutut aktif sebagai aktivis Budaya menekankan bahawa seni-budaya sesuatu yang fitrah dalam kehidupan dan amat diperlukan oleh manusia. Seni-budaya dengan tekad budayanya berusaha untuk mengembalikan keseimbangan denganmemperbanyakkan aktiviti seni-budaya dalam masyarakat dan mendidik masyarakat agar menghargai dan menikmati karya-karya sastera dan seni budaya.
Bagi Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said pula, berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar Penulis sehingga dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Beliau turut menyentuh peranan Asas 50 yang menjadikan sastera sebagai alat menentang penjajah. Menurut beliau lagi Sasterawan membabat ilmu sisasah. Kekayaan boleh membeli pemerintahan  tetapi kita sebagai masyarakat menyediakan kehidupan untuk anak cucu kita. Sasterawan juga menjadi Budayawan dengan menulis dan mempraktikkan apa yang ditulis.
Malahan Forum ini juga dikaitkan dengan kepentingan Sains di kalangan penulis.  Seni dengan sains, Budaya dengan sains,  Sastera dan Sains dan dan bagaimana jika keempat-empat  elemen digabungkan dalam masyarakat. Walaupun adakala saling memerlukan dan tidak memerlukan namun pemisahan ini bukan satu masalah kepada masyarakat.

Sastera Budaya  merakamkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat. Dengan itu kita boleh mengetahui status sosial, aktiviti masyarakat, system pentadbiran Negara, selain menikmati estetiknya sebagai karya sastera yang sangat indah.. karya sastera menjadi wadah penting untuk merekodkan pelbagai hal yang menyentuh kehidupan amsyarakat disamping memancarkan system pemerintahan, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya.