Thursday, February 13, 2014

Bicara Buku: Wajah Rahsia dan Cinta AF



Baru-baru ini bertempat di rumah mentua bekas ketua 1 IPM berlangsung bicara buku buat pertama kali bagi tahun 2014. Bicara buku kali ini menampilkan Cinta AF dan Wajah Rahsia. Cinta AF adalah nukilan Ketua 1 IPM iaitu Tn Hj Razali Endun dan Wajah Rahsia pula adalah buah tanagn Puan Hanita hassan, penulis prolifik.

Cinta AF mengisahkan seorang pemuda bernama Lokman yang menyertai satu pertandingan rancangan realiti yang mirip  Akademi Fantasia. hasil didikan ustaz Munir, Lokman bercita-cita besar mahu mengubah pemikiran perpesktif peserta dan penyokong rancangan tersebut ke arah yang lebih baik.  Lokman terpilih menjadi peserta rancangan tersebut dan beliau seumpama 'Mawi' tetapi beliau seorang yang begitu tegas dalam berdakwah. Malahan Lokman juga berdebat dengan salahs eorang peserta yang beragama Kristian.  Setelah berjaya mencapai impian Lokman mula dibelenggu dengan 'dunia' fantasi yang mampu memerangkapnya.

Wajah Rahsia pula terbitan Pekan Ilmu Publication memaparkan perjalanan hidup seorang Perdana Menteri. sifat kepimpinan yang ditonjolkan sejak universiti melayakkan beliau memegang tampuk tertinggi di sesebuah negara. tatkala menjadi nakhoda kapal, beliau mula dibelenggu pelbagai masalah negara yang turut mengancam nyawanya. namun ketangkasan insan-insan di sisi dan juga dibelakangnya, Naufal tidak takut untuk menghadapi cabaran dalam mengharungi segala onak duri yang turut mengheret keluarganya menghadapi ancaman negara