Thursday, December 5, 2019

Kembara Sastera Sungai Linggi


Ini merupakan kali kedua Ikatan Persuratan Melayu mengembara dan menyusuri Sungai Linggi. kali pertama pada tahun 2015




Apa yang best? Apa yang menarik?
Untuk kali kedua, kami naik dari Jeti Pengkalan Kg Timun.


Sungai Linggi ini sungai yang pernah di guna Hang Tuah membawa pulang Tun Teja ke Melaka.
Sungai Linggi juga merupakan sungai yang pernah digunakan oleh pedagang menuju ke Melaka untuk berdagang.
Di sini ada Taman Lokan yang kami jalankan aktiviti makan minum, baca puisi, menikmati pemandangan, flora, fauna dan aktiviti memancing dan menjala udang dan mencari lokan.









Kemudian kami ke Kubur buaya di Taman Sena yang berusia 100 tahun. Menurut seorang pakcik, buaya tersebut antara yang tertua. Sewaktu buaya itu mahu di bawa ke klinik, bot rosak maka buaya mati. Sewaktu buaya itu dikuburkan, hampir setiap pelosok sungai, buaya timbul dengan banyaknya seperti memberi penghormatan terakhir. Walaupun ada banyak buaya tetapi tidak pernah menganggu manusia. Mereka yang jaga dan sentiasa memancing di Sungai Linggi akan memastikan tiada tangkapan buaya dijalankan jadi afa hubungan saling melindungi antara manusia dan buaya. Ada satu tapak sejarah bernama Kota Warisan kalau tak silap. Masa pertama kali pergi ada kesan tapak yang dikatakan istana lama sewaktu zaman penjajahan Inggeris.


Kemudian kami di bawa ke pusat arang. Sepanjang menyusuri Sungai Linggi adalah haiwan seperti buaya, bangau, ular di dahan pokok, monyet, lotong, ikan yang melompat.

Friday, October 18, 2019

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara

Pada 14 Oktober, Isnin telah berlangsung satu kongres sempena Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka anjuran GAPENA bersama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan Institusi Seni warisan Melaka (INSWA). Kongres yang di rasmikan oleh Ketua Negeri Melaka, YB Tn Hj Adly Zahari  berlangsung di Grandball Aras 2, MITC Melaka. Turut  hadir Speaker Melaka, YB Omar Jaafar, YB. Datuk Muhammad Jailani b Khamis, Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan. Jabatan Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj Mohd Akin,  Timbalan Menteri Industri Utama.

Kongres ini turut diserikan dengan kehadiran Dato' Seri Dr. Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Harapan yang membicarakan Bahasa Melayu Sebagai Alat Penggemblengan dan Permuafakatan Budaya Bangsa Nusantara

Peranan Sastera Dalam Penyatuan Bangsa oleh YBhg Datuk Hj Zainal Abidin b Datuk Wira Borhan, Ketua 1 GAPENA dan moderator Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu Melaka, Tn Hj Ab Razak b Adam. 

 Perlaksanaan Bahasa Melayu Dalam Agensi Kerajaan di Nusantara. Disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama, Institut Kajian Etnik, UKM. Moderator Cikgu Ahmad Zauawi Che Cob

Peranan Bahasa dan Persuratan Dalam Pembentukan Jati Diri Ummah Nusantara
YBhg Prof Datuk Dr Awang Sariyan Kembara Bahasa
Penyandang Kursi Za'ba Peradaban Melayu., UPSI.
YBrs Djamal Tukimin
Sasterawan Negara Singapura
YBhg Dr Salman Al Farisi
Penaung Rumah Baca, Lombok Indonesia.
Moderator: YBrs Mohamad Raimi b Ab Rahim, Presiden ABIM.
Ucapan perasmian penutup oleh YAB tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka



Saturday, September 21, 2019

Majlis Anugerah Sastera





Malam  tadi  telah sempurna majlis pengurniaan Anugerah Sastera Negara oleh Yang DiPertuan Agong di Hotel Istana. Majlis ini dihadiri Ketua 1 IPM, Tn Hj Ab Razak Adam bersama dua ahli IPM iaitu Puan Aznita dan Puan Zamidah Hashim.
Dr Siti Zainon Ismail seorang seniman sejati yang  bukan sahaja penulis karya sastera, malah juga merupakan pelukis dan budayawan dalam busana Melayu.
Setinggi-tinggi tahniah kepada  Dr Siti Zainon Ismaili. Semoga karya-karya Dr Siti Zainon Ismail terus menjadi sumber ilham dan inspirasi kepada ahli-ahli Ikatan Persuratan Melayu

Monday, September 16, 2019

Silang Budaya Antarabangsa Malaysia-Filipina

Pada 15 September 2019 program Silang Budaya Antarabangsa Malaysia-Filipin anjuran bersama IPM & KALAM telah berlangsung dengan jayanya di Homestay & Chalet Sena Bayu, Kuala Sungai Baru  Melaka. Majlis perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak AJK IPM, Puan Hasnah Mohamad Noor iaitu Sasqinur Aisya bersama pasangannya yang merupakan penulis skrip drama TV dan Filem dan juga Pensyarah UUM, Mohd Fairuz atau lebih dikenali sebagai MF Kencana. 

Program ini telah disertai oleh ahli-ahli Persatuan IPM & KALAM serta 16 peserta dari Selatan Filipina. Peserta Selatan Filipina didedahkan dengan adat istiadat Perkahwinan Melayu lama, para hadirin juga dihidangkan dengan persembahan syair dan sajak oleh dua Tokoh Budaya Melaka iaitu Tn Hj Rani Embi dan Puan Norliza Md Yamin. Para hadirin majlis dan peserta dihiburkan   iringan kompang dan pencak silat. lebih menarik  persembahan khas tarian Kalintung Tangan sejenis Tarian Kepulauan Zimbuanga Mindanao. Semoga IPM & KALAM terus positif dalam menganjurkan program secara jalinan pintar sentiasa bekerjasama untuk program-program yang akan datang

























Saturday, September 14, 2019

Majlis Keraian Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat kebangsaan kali ke 33

Pada 13 September pukul 3 petang telah berlangsung Sayembara Deklamasi Puisi Negeri Melaka dan 17 peserta berentap mewakili setiap negeri, PDRM dan tentera. Majlis makan malam ini di rasmi oleh Speaker DUN Melaka iaitu YB Omar b Jaafar yang mewakili ketua negeri Melaka  YB Hj Adly Zahari. Majlis makan malam yang berlangsung pada pukul 8 malam ini di Klasik Ballroom, MITC, Ayer Keroh di hadiri bukan sahaja Di hadiri oleh Ketua 1 GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan juga Ketua 2 GAPENA iaitu Encik Amiruddin Ali, ketua 1 dari kerabat GAPENA seluruh negara  malah turut hadir penggiat Sastera di seluruh negera.

Majlis yang penuh debaran juga diserikan dengan lagu-lagu tradisional dan nyanyian lagu patriotik bagi menghargai dan menyayangi negera sempena hari Kemerdekaan dan hari Malaysia. Majlis

Berikut senarai pemenang Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan
Johan
Ainun Syakirah Suzaidi
Perlis

Naib Johan
Nor Azli Sudin
Perak

Mohd Fauzi Jamikan
Perlis