Sunday, July 13, 2014

Kembara Sastera ke Bukit Tinggi anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM)

Kembara Sastera ke Bukit Tinggi anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM)

Jadual Lawatan:
Tarikh: 15hb – 18hb Dec 2014
Hari: Isnin – Khamis
Bayaran: RM1150


Hari 1 - KUALA LUMPUR – PADANG – BUKIT TINGGI
Dari Padang akan menuju ke Bukit Tinggi melalui Lembah Anai
Singgah di Air Terjun Anai dan Perkampungan Minangkabau
Ke Pandai Sikek (Tenunan dan Ukiran kayu)

Hari 2 – MANINJAU TOUR
*Lawatan Makam Pahlawan Bukit Tinggi
* Ngarai Sianok
* Terowong Jepun
* Tasik Maninjau
* Rumah Hamka

Hari 3 – MINANGKABAU
Batu Sangkar
Tabek Patah
Istana Silindung Bulan
China Town, Perlabuhan Lama, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang

Hari 4 – PADANG – KUALA LUMPUR

***Harga Termasuk Semua Pakej

Bagi yang berminat boleh hubungi Ketua 1 IPM Tn Hj Abd Razak Adam di talian 0162180423 atau saya 0193914673

Penyertaan ini bukan sahaja terbuka kepada ahli-ahli IPM tetapi untuk mana-mana ahli persatuan penulisan.  Peserta boleh membawa ahli keluarga ataupun kawan, tiada terhad selagi ada kekosongan. Dan yang berminat boleh bayar deposit pendahuluan sebanyak RM 600 ke akaun ketua 1 IPM (akan diberikan nombor akaun jika menghubungi) sebelum 1 September 2014

Saturday, July 12, 2014

Bengkel Haiku


Bengkel Haiku anjuran Ikatan persuratan Melayu bersama Dewan Bahasa dan Pustaka 
Tarikh: 30 Ogos 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Kak Long Chalet Resort, Permatang Pasir, Melaka 
Waktu: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Bayaran: RM 50 sahaja termasuk makan minum, sijil dan nota 
Bagi peserta yang berminat sila bayar deposit sebanyak RM 30 kepada saya
(saya akan berikan nombor akaun kepada yang meminta sahaja)
Peserta: 15-20 sahaja
Penceramah: Penyair Kelantan, Darma Mohamad

Sebarang penyertaan dan inginkan pengesahan tempat boleh hubungi saya di talian 019-3914673

Haiku merupakan puisi Jepun yang sudah berkembang ke seluruh pelosok bumi. Haiku merupakan puisi yang terdiri daripada tiga baris ayat mengandungi tujuh belas suku kata dalam susunan berikut: 5/7/5.

Haiku bercerita tentang apa sahaja yang berupaya ditulis tapi jarang benar kita ketemu tema yang padat mahupun kompleks untuk difahami oleh insan biasa. Haiku ditulis untuk menggambarkan tentang kehidupan harian yang biasa tetapi cara penulisannya membawa pembaca ke satu era dan pengalaman baru.Walaupun penulisan haiku dikongkong oleh pelbagai syarat dan tradisinya, seseorang penulis haiku pastinya akan menulis mengikut gaya dan cara sendiri bagi menggambarkan keinginan dan kecenderungan penulis.