Saturday, July 12, 2014

Bengkel Haiku


Bengkel Haiku anjuran Ikatan persuratan Melayu bersama Dewan Bahasa dan Pustaka 
Tarikh: 30 Ogos 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Kak Long Chalet Resort, Permatang Pasir, Melaka 
Waktu: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Bayaran: RM 50 sahaja termasuk makan minum, sijil dan nota 
Bagi peserta yang berminat sila bayar deposit sebanyak RM 30 kepada saya
(saya akan berikan nombor akaun kepada yang meminta sahaja)
Peserta: 15-20 sahaja
Penceramah: Penyair Kelantan, Darma Mohamad

Sebarang penyertaan dan inginkan pengesahan tempat boleh hubungi saya di talian 019-3914673

Haiku merupakan puisi Jepun yang sudah berkembang ke seluruh pelosok bumi. Haiku merupakan puisi yang terdiri daripada tiga baris ayat mengandungi tujuh belas suku kata dalam susunan berikut: 5/7/5.

Haiku bercerita tentang apa sahaja yang berupaya ditulis tapi jarang benar kita ketemu tema yang padat mahupun kompleks untuk difahami oleh insan biasa. Haiku ditulis untuk menggambarkan tentang kehidupan harian yang biasa tetapi cara penulisannya membawa pembaca ke satu era dan pengalaman baru.Walaupun penulisan haiku dikongkong oleh pelbagai syarat dan tradisinya, seseorang penulis haiku pastinya akan menulis mengikut gaya dan cara sendiri bagi menggambarkan keinginan dan kecenderungan penulis.

No comments:

Post a Comment