Thursday, November 28, 2013

Tawarikh Ibu





Karya terbaru penulis tersohor kelahiran Melaka, Razali Endun. Penulis veteran ini tidak pernah jemu menulis walaupun pernah terhenti seketika. Menulis kisah Allahyarhamah Ibu Zain, seorang pejuang pendidikan. Kisah Ibu Zain yang dikaji oleh Pak Razali sehingga menemui keluarga Allahyarhamah Ibu Zain telah memenangi hadiah sagu hati Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor III . Malahan Pak Razali menemuramah anak Ibu Zain iaitu, Adiba Amin. Pak Razali selaku Ketua 1 IPM tidak jemu menulis dan membuat kajian untuk setiap karyanya.

Saya sudah membaca novel ini. Sungguh sebuah karya yang hebat menyelusuri setiap perjuangan pendidikan malahan boleh dijadikan ikon bagi wanita di Malaysia. Anak-anak remaja, bacalah buku ini, singkaplah sejarah hidup seorang tokoh wanita hebat iaitu Ibu Zain. Barangkali masih ada anak muda yang tidak mengenali siapa Ibu Zain!

TAWARIKH IBU
Razali Endon
ISBN 978-967-5361-12-8
Harga RM19.00

Setiap langkah perjuangan mendambakan pengorbanan. Menuntut kemerdekaan tanah air adalah perjuangan yang panjang. Tawarikh Ibu menyingkap jejak juang seorang tokoh pendidikan yang juga tokoh kemerdekaan. Pemilik nama Zainun bte Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain telah mengangkat legasi yang mesti dipelihara oleh generasi kini. Beliau menempuhi pelbagai sudut cabaran untuk menjulang Malaya ke puncak kemerdekaan. Tawarikh Ibu membawa pembaca ke dunia perjuangan Ibu Zain.

Tawarikh Ibu disampaikan dalam rentetan kisah yang terpelihara melalui cucunda Ibu Zain, Nadia - seorang wartawan yang bertugas di luar negara. Memenuhi tuntutan kerjaya, nadia meniti setiap peristiwa sejarah nendanya dengan rinci. Paling utama Nadia mencari misteri, mengapa majikannya Mr. Thomas Cook bersungguh-sungguh mahu mengenali Ibu Zain? Di luar makluman Mr. Thomas Cook, Nadia merahsiakan statusnya yang merupakan cucunda Ibu Zain. Seusai memperolehi semua jawapan, Nadia dikejutkan dengan sebuah berita...

Wednesday, November 20, 2013

Rumusan daripada Program Bicara Buku

Pada 17 November telah berlangsung Sesi Bicara Buku yang membincang dua buah karya hebat tulisan dua  ahli IPM iaitu Kasih Seharum Manisah karya A. Razak Adam terbitan PTS dan 3 Enigma Cinta tulisan Zamidah Hashim terbitan DBP


Hasil daripada sesi tersebut, novel Seharum Kasih Manisah sebuah novel yang menarik dari susunan polotnya cuma bila menggunakan teknik imbas kembali seperti melompat-lompat. Kemudian apa yang menarik novel ini seperti buku ilmu ataupun buku penceritaan ataupun buku rujukan. Menariknya, penulis turut menulis perbezaan ibadat  dan adat. Selain itu, penulis juga memasukkan hadis dan pantun sebagai tarikan para pembaca. Menariknya, penulis juga berkongsi pengalaman bagi memantapkan karyanya, belai sanggup ke  Muzium padi di Kedah bagi mengetahui fungsi peralatan dan perkakasan bercucuk tanam padi.

Bagi novel 3 Enigma cinta, sebuah novel feminisme yang mengisahkan 3 sahabat baik yang berebza latar belakang. Olahan cerita ini sangat menarik dan seperti saya menonton  sebuah drama bersiri Desperate Housewives.  Setiap watak sahabat berbeza peranan tetapi mengalami masalah rumah tangga. Di sini susuanan jalan cerita menarik namun peranan wanita dalam rumah tangga mereka berebza, dan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga dengan menggunakan bomoh. Salah seorang sahabat redha dengan perkahwinan yang gagal dan seorang lagi tidak percaya yang dia diceraikan dengan si suami sedangkan rumahtangganya tidak bergolak

Tuesday, October 29, 2013

Program Bicara Buku




Bagi mereka yang mahu sertai sesi BICARA BUKU, dua buah buku karya ahli-ahli IPM yang akan dibicarakan iaitu buku Seharum Kasih Manisah oleh Cikgu Arazak Adam terbitan PTS dan Tiga Enigma Cinta karya Puan Zamidah Hashim terbitan DBP. Bagi yang berminat mahu sertai Program Bicara Buku tetapi masih belum ada buku-buku tersebut oleh pm saya atau sms saya di talian 0123011659


Program Bicara seperti butir-butir di bawah:-

Tarikh: 17 November 2013
Hari   : Ahad
Tempat: kedai Mamak, mungkin (Restoran Siti Subaidah, MITC masih dalam perbincangan)
Masa:jam 9 Pagi

Friday, October 25, 2013

Buku Antologi Impian dan Harapan



Ini adalah buku antogi yang memuatkan cerpen dan puisi pemenang bagi Sayembara negeri Melaka pada tahun 2011 anjuran bersama IPM dan DBPWS dan buku diterbitkan sepenuh  oleh IPM. Antara penulis-penulis yang menyumbangkan karya ialah Alina Idris, Prof Dr Arbak, Zamidah Hashim, Hanita Hassan, Ida Nardiel dan ramai lagi

Tajuk buku ini diambil daripada tajuk puisi karya Prof dr Arbak Othman. Buku ini beharga RM 15 sahaja tidak termasuk harga pos

Bagi seaiapa yang berminat boleh email kepada idanardiel@gmail.com dan sharifahaisiah@yahoo.com

Monday, October 21, 2013

Mesyuarat AJK GEMA MALAM PUISI SUNGAI RAMBAI

Mesyuarat AJK IPM kali ini diadakan bagi membincangkan program MALAM GEMA PUISI SUNGAI RAMAI yang akan diadakan di Laman Belia 1 Malaysia Sungai Rambai pada 14 Disember 2013.













Program ini bekerjasama dengan pihak DBPWS dan Japerun Sungai Rambai. Program ini diadakan bagi melahirkan bakat-bakat baru, memeprkenalkan semula puisi-puisi lama yang hampir pupus. Selain itu menjalainkan usahama antara penggiat sastera dengan penduduk setempat.

Program yang bakal diadakan ini tidak hanya mempersembahkan puisi moden seperti sajak sebaliknya pihak IPM sebulat suara mahu mempersmebhakan puisi lama seperti nazam, syair pantun, gurindam dan sebagainya. Ini kerana tidak ramai generasi sekarang tahu akan kewujudan puisi-puisi lama yangs emakin lama ditinggalkan. Lebih menarik IPM mahu  mengadakan Dondang sayang yang merupaka simbol bagi masyarakat negeri Melaka.

Selain itu, IPM juga mencadang mahu mengedakan jualan buku-buku terbitan IPM serta buku-buku tulisan Penulis-penulis IPM

Jadi rakyat Melaka, datanglah memeriahkan program  GEMA MALAM PUISI SUNGAI RAMBAI

Saturday, October 19, 2013

Malam Gema Puisi Sungai Rambai

Malam Gema Puisi Sungai Rambai

Tarikh: 14 Disember 2013


Tempat: Laman Belia 1 Malaysia, Sungai Rambai, Melaka


Hari: Sabtu


Waktu : 8.30 malam hingga 10.30 malam 


Anjuran  Japerun Sungai Rambai , DBP Wilayah Selatan dan Ikatan Persuratan Melayu

Pelbagai puisi lama dan moden akan dipersembahkan seperti sajak, nazam, syair, gurindam dan lagu puisi. Jemputan khas adalah Dondang sayang.  Antara  Pendeklamator yang   mempersembahkan puisi ialah:-
1)Muhamad Rukhaini bin Zaiton

2)Fairuzan bin Abdul Majid
3)Sharifah Aisiah Syed Mahazar
4)Lily Siti Multatuliana
5)Ramly bin Abu
6)Arbak bin Othman
7)Mahad bin Abu Bakar
8)Thazali bn Md Elah

9)Rani bin Embi
10)Siti Zahrah binti Salihan


Sunday, October 13, 2013

Ceramah MyIPO dan ITBM




Pada 05 Septembetr 2013 bertempat di Hotel Super Cow Boy telah berlangsung ceramah MyIPO dan ITBM anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Ceramah ini terbuka kepada ahli Ikatan Persuratan Melayu dan juga masyarakat luar. Panel ceramah tersebut adalah Encik Mohamad Fairuz bin Mohd Pilus Selaku Pengarah Bahagian hak Cipta , My IPO dan ITBM pula diwakili oleh Penolong pengurus Jabatan Buku Malaysia ITBM iaitu Encik Rozlan bin Mohammed Noor .
            MyIPO telah menerangkan fungsi dan perkhidmatan  MyIPO dan juga hak-hak perlindungan kepada penulis agar tidak tertipu ataupun karya tidak diciplak oleh orang lain.Beliau juga menerangkan  peranan harta intelek, hak cipta dan sebagainya agar karya penulis terpelihara dan terjaga.
           Manakala Saudara Rozlan Mohammed Noor menerangkan fungsi ITBM dan  bagaimana menghantar karya di ITBM. Antara genre yang boleh dihantar adalah kumpulan puisi, kumpulan cerpen dan juga novel. Setiap amnuskrip boleh dihantar melalui pos dan juga email
            Setiap sesi yang dijalankan ada sesi soal jawab yang memudahkan peserta mendapatkan jawapan pada persoalan, memberikan pendapat dan ingin tahu lebih mendalam tentang hak perlindungan melalui MyIPO  dan penerbitan karya di ITBM.

Tuesday, October 8, 2013

Cinta Yang Terindah

Lyra Soraya seorang gadis remaja yang mendambakan cinta pertama. Pandangannya tertarik kepada Syafizal, seorang pelajar senior yang terkenal di kolej mereka. Disebalik kebahagiaan keluarga,Lyra Soraya sebenarnya tidak menyedari  akan ketegangan yang wujud antara papa dan mama. Hati Lyra Soraya tercarik apabila papanya membuat keputusan untuk mengahwini pekerjanya sendiri. Lebih memilukan mama Lyra Soraya merestui perkahwinan itu.
Hidup Lyra Soraya lebih bermakna apabila impiannya untuk memiliki cinta Syafizal menjadi  kenyataan tanpa mengetahui cinta pura – pura dari Syafizal adalah satu permainan yang dicabar oleh Ameer.
Lyra Soraya mencemburu ibu tirinya yang dipanggil umi. Segalanya berubah bila Syafizal memutuskan hubungan apabila rahsianya terbongkar. Akibat terlalu kecewa Lyra Soraya mengalami kemurungan dan kekecewaan dan dari situ perhatian dari ibu tirinya membuatkan Lyra Soraya berubah akan sikap prejudisnya. Kisah cinta antara dia dan Fareez mula bermula apabila Fareez sentiasa menghadirkan diri dalam hidupnya. Meskipun beberapa kali ditolak, Fareez tetap menanti namun dua gadis juga menagih cinta dari Fareez. Mereka berdua tetap mahu mempertahankan cinta meskipun ada halangan dan gangguan. Malahan Norhana juga cuba mahu meraih perhatian dan cinta dari Fareez.
Cinta gila Khafizah terhadap Fareez sedikit sebanyak menimbulkan rasa ragu dan cemburu. Keakraban Lyra Soraya dengan ibu tirinya mula mengundang gusar di hati ibu kandung. Sekali lagi, Lyra Soraya mengalami putus cinta dan mula membenci lelaki namun tanpa disedari Fareez berada diambang maut.        
Kehadiran Azhan juga menggugat hubungan Lyra Soraya dengan Fareez. Azhan mengambil berat terhadap Lyra Soraya
Lyra Soraya rasa bersalah bila mendapat tahu Fareez menghidap penyakit barah tahap 4 otak. Lyra Soraya mengambil keputusan untuk menjaga Fareez di hospital meskipun ditolak oleh Fareez. Lyra Soraya tetap berkeras mahu menjaga Fareez. Setiap kali Fareez ingin tidur, Lyra Soraya akan memesan agar bangun keesokan pagi. Lyra Soraya terlalu bimbang jika Fareez pergi tanpa dia sedari. Sebenarnya, setiap kali Lyra Soraya tertidur, Fareez menulis nota – nota cinta lalu dijadikan bintang lalu disimpan ke dalam botol. Fareez memberitahu Lyra Soraya adalah mahu melihat rakan pasukan futsal, Versus Core bermain di perlawanan akhir. Hasrat itu tercapai. Itulah saat – saat terakhir Fareez bersama rakan – rakan pasukannya. Sehinggalah, Lyra Soraya bangun pagi untuk mengejutkan Fareez namun Fareez kaku dalam tidur.
Pemergian Fareez membuatkan Lyra Soraya terlalu kecewa dan berusaha mencari dirinya yang lalu dengan bantuan papa, mama dan umi. Kesedihan itu bercambah apabila umi meninggal dunia sewaktu melahirkan anak kembarnya. Setelah tamat pengajian ijazah, Lyra Soraya membuat keputusan mahu meneruskan pengajiannya diluar negara tetapi dihalang oleh papa  atas alasan bimbang dan keluarga Lyra Soraya mencadangkan untuk menjodohkan Lyra Soraya dengan Azhan



Sunday, October 6, 2013

Sayembara Sejarah Negeri Melaka 2013/2014

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

SAYEMBARA SAJAK DAN CERPEN NEGERI MELAKA
Sempena Sambutan 11 Tahun Melaka Bandar Raya Bersejarah 2014
Anjuran bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS)
dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) Melaka

           1.          Sayembara ini terbuka kepada:
1.1          Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka.
1.2          Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka dan menetap di luar negeri Melaka.
1.3          Penulis yang bermastautin di negeri Melaka sekurang-kurangnya tiga (3) tahun daripada tarikh tutup penyertaan. Sila sertakan surat pengesahan daripada ketua jabatan / majikan / ketua masyarakat / ketua institusi pendidikan.
1.4          Ahli-ahli IPM yang bukan dilahirkan di Melaka dan bukan bermastautin di Melaka adalah layak menyertai sayembara ini kecuali Ahli Jawatankuasa Pengelola Sayembara pihak IPM.
2.         Setiap peserta hanya boleh menghantar satu atau tidak lebih tiga (3) buah sajak ciptaan sendiri yang belum memenangi sebarang sayembara / pertandingan dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan bercetak.
3.         Sajak hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu (saiz fon: 12 / jenis fon: Arial atau Times New Roman).
            Setiap peserta hanya boleh menghantar satu atau tidak lebih tiga (3) buah cerpen ciptaan sendiri yang belum memenangi sebarang sayembara / pertandingan dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan bercetak.
            Cerpen yang dihasilkan hendaklah sekitar 10 - 16 halaman. Karya hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu serta ditaip di sebelah muka surat dan dilangkau dua baris (saiz fon: 12 / jenis fon: Arial atau Times New Roman)
4.         Tajuk dan tema karya mestilah berunsurkan sejarah negeri Melaka iaitu bermula tarikh pembukaannya pada tahun 1262 M sehingga kini.
5.         Setiap penyertaan perlulah menggunakan borang yang disediakan. Borang penyertaan boleh difotokopi.
6.             Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2014. Penyertaan yang diterima selepas  tarikh  itu tidak akan dipertimbangkan.
7.              Panel penilai/hakim hanya menilai karya peserta yang lengkap sahaja   berdasarkan syarat pada perkara 5 di atas. Keputusan panel penilai/hakim adalah muktamad.
8.             Pihak urus setia tidak bertanggungjawab sekiranya karya atau borang penyertaan yang dikirim melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
9.             Hasil karya yang dipertandingkan menjadi hak milik sepenuhnya DBP Wilayah  Selatan dan IPM. Pihak urus setia boleh melakukan penyuntingan atau apa-apa perubahan yang dirasakan perlu bagi sebarang tujuan penerbitan.
10.          Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut memenangi hadiah ataupun tidak.
11.          Karya yang dihantar mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran penyesuaian atau apa-apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
12.          Semua keputusan dan pertimbangan daripada pihak penganjur adalah  muktamad.
13.          Pemenang-pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sama ada melalui surat, e-mel atau telefon yang dijangka pada penghujung bulan Mac atau awal bulan April 2014.
14.          Peserta dilarang menulis nama pada kertas / helaian karya yang dikirimkan. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan sahaja.
Hadiah kategori sajak:
                        a. Pertama        - Wang tunai RM600.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        b. Kedua          - Wang tunai RM500.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        c. Ketiga           - Wang tunai RM400.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        d. 7 hadiah sagu hati - Wang Tunai RM200.00/Sijil Penghargaan/Hadiah Iringan.

Hadiah kategori  cerpen:
                        a. Pertama        - Wang tunai RM1,000.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        b. Kedua          - Wang tunai RM800.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        c. Ketiga           - Wang tunai RM700.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        d. 7 hadiah sagu hati - Wang Tunai RM500.00/Sijil Penghargaan/Hadiah Iringan.


Penyertaan hendaklah dialamatkan kepada:
Hj. Husin Embi,
Setiausaha Satu IPM,
No. 8988, Taman Wangi,
Jalan Malim,
75250 Melaka.
Sebarang pertanyaan hubungi:
i. Hj. Husin Embi - IPM
(06-3358577 / 017-6709911)
ii. Rusdi Abd. Rahman - DBPWS
(07-2358802 / e-mel: rar@dbp.gov.my )



·         Bagi yang mahu  mendapatkan borang, boleh email kepda idanardiel@gmail.com. Borang tersebut akan dikirimkan kepada pengirim email

Monday, September 9, 2013

Bengkel Penulisan Cerpen dan Novel








Umbai РPada 6 hingga 8 September 2013 bertempat di KPA Agro Caf̩ telah berlangsung kursus Bnegkel Penulisan Cerpen dan Novel anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bengkel ini dihadiri ahli Ikatan Persuratan Melayu orang perseorangan dan beberapa pelajar Politeknik Merlimau. Peserta telah diminta mengirimkan cerpen untuk dinilai oleh ahli panel yang dilantik.
            Bimbingan cerpen dikendalikan oleh Penulis SM Zakir menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan cerpen yang baik dan berkualiti. Beliau juga menjelaskan bahawa Penulis yang membentuk masyarakat bukannya masyarakat yang membentuk penulis. Selain itu, beliau juga menceritakan bagaimana penulis-penulis luar negara mampu menghasilkan karya yang baik dan berkualiti dan diterima masyarakat.
            Manakala bahagian novel pula dijalankan oleh penulis terkenal iaitu, Dr Faisal Tehrani menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan novel dari segi penggunaan ayat, plot, latar, watak perwatakan dan kesilapan –kesilapan yang biasa dilakukan oleh Penulis. Beliau juga menyarankan agar penulis menulis secara logik dan diterima akal.
            Manakala Penulis tersohor, Razali Endun ‘membedah’ karya – karya peserta secara santai dan kritis agar para peserta tahu apa kesalahan – kesalahan yang dilakukan dalam menghasilkan karya. Malahan para peserta boleh bertanya lanjut dan mendalam tentang karya mereka sendiri.

            Seorang penulis kelahiran Melaka, Hanita Hassan juga telah memberikan panduan bagaimana untuk menjadi Penulis yang baik dan panduan menghantar karya ke penerbit. Selain itu beliau juga berkongsi pengalaman sepanjang bergelar Penulis.

Monday, July 8, 2013

Bengkel Penulisan Karya Kreatif Anjuran DBPWS








Pangkalan Balak – Pada 4 hingga 6 Jun 2013 bertempat di Ismah Beach Resort telah berlangsung Bengkel Penulisan Karya Kreatif anjuran DBPws Bengkel ini dihadiri dua wakil ahli Ikatan Persuratan Melayu iaitu Sharifah Aisiah dan Norhidayah.
            Bengkel ini dikendalikan oleh Penulis tersohor iaitu Puan Nisah Haron menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan cerpen yang baik dan berkualiti. Beliau juga menjelaskan bahawa panduan penulisan cerpen yang baik.
            Puan Nisah Haron juga menerangkan hakcipta dalam penulisan agar penulis tahu hak-hak sebagai penulis dari segi perjanjian, royalty dan sebagainya
.           Manakala bahagian novel pula peserta dikehendaki menulis synopsis dan setiap peserta dikhenedaki berceritakan mengenai synopsis yang dihasilkan. Dari situ ada Puan Nisah Haron boleh member pendapat dan mengkritik hasil synopsis peserta.

            Manakala Penulis tersohor, Ramlee Awang Murshid yang sinonim dengan kaya Laksamana Sunan berkongsi pengalaman hidup sebagai penulis thriller. Beliau menceritakan bagaimana setiap novel beliau dihasilkan dan menceritakan asam garam sebagai Novelis

Monday, July 1, 2013

Bicara Buku Antologi Cerpen Impian dan Harapan








Melaka – Pada 30 Jun 2013 bertempat di Hotel Hang Tuah City telah berlangsung Bicara Buku Antologi Cerpen Impian dan Harapan yang dianjurkan oleh Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Antologi ini sebenarnya memuatkan karya – karya Sayembara Menulis cerpen dan sajak negeri Melaka pada tahun 2011 anjuran IPM bersama dengan DBP Wilayah Selatan. Antologi ini memuatkan 10 buah cerpen dan 13 buah sajak yang dihasilkan oleh penulis – penulis kelahiran negeri Melaka
            Bicara Buku ini dikendalikan oleh Setiausaha 1, Tuan Haji Husin bin Embi dan dihadiri Sembilan orang ahli Ikatan Persuratan Melayu seperi penulis terkenal Hanita Hassan dan Abd Razak Adam. Bicara Buku yang berlangsung selama 3 jam ini membicarakan 3 cerpen utama yang dimenangi iaitu Jangan Ambil Tahu karya Abd Jalil Alimon memenangi tempat pertama, kedua pula Takdir Di Hening Takbir karya Alina Idris dan tempat ketiga Ayun ditulis oleh penulis remaja, Nur Natashah Mohamad sain

            Setiap karya dikritik secara santai dan kritis sambil melontarkan pandangan dan pendapat sesebuah cerpen oleh ahli. Setiap cerpen juga dibicarakan dari segi tema, plot, watak perwatakan dan pengajaran dari cerpen – cerpen tersebut. Bicara Buku ini dapat dinilai oleh setiap ahli akan setiap kelebihan dan kelemahan oleh penulis tersebut dan boleh dijadikan panduan pada masa akan datang.

Sunday, May 26, 2013

Bengkel Penghayatan Sajak








Melaka – Pada 25 Mei 2013 telah berlangsung Bengkel Penghayatan Sajak anjuran Ikatan Persuratan  Melayu yang diadakan di Hotel Hang Tuah City. Bengkel ini dikendalikan oleh seorang Penyajak dari Johor Bharu iaitu Amni Jagat selama satu hari.
            Antara Objektif  bengkel ini dijalankan adalah untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan kukuh kepada    peserta program dengan sebarang maklumat yang diperolehi yang lebih berfokuskan kepada penulisan sajak, memupuk dan menyemai perasaan kecintaan terhadap bidang penulisan sajak dan berusaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dalam bidang ini, para peserta dapat mendalami aspek penulisan sajak serta memupuk minat untuk menghasilkan sajak mengikut genre tertentu, memahami teknik penulisan sajak yang betul dan tepat, menambahkan pengetahuan di samping memperoleh pengalaman baharu dalam sajak, melahirkan generasi yang berilmu dan berketerampilan melalui program dan sesi latihan yang dirancangkan sepanjang program diadakan, menghargai dan menghayati sumbangan penulisan karya sastera dalam membina tamadun bangsa dan menghasilkan antologi sajak yang berkualiti dan  mencapai kualiti isi kandungan yang sewajarnya

            Amni Jagat yang juga seorang Penulis berkongsi tips, pengalaman, ilmu dan buah fikiran bagaimana untuk menjadi seorang Penyajak yang baik. Saudara Amni Jagat membicarakan tentang  Mengenal Diri & Seni dalam sajak, Cabang Seni Puisi, Kembara Puisi dan Fungsi Karya Pada   Alam

Monday, May 20, 2013

Mesyuarat Agung IPM kali ke-56


Melaka – Pada 19 Mei 2013 telah berlangsung satu mesyuarat Agung Ikatan Persuratan Melayu (IPM) kali 56 yang bertempat Hotel Hang Tuah City. Mesyuarat Agung kali ini bukan ssahaja di hadiri oleh para AJK tetapi juga ahli – ahli yang berdaftar. Mesyuarat kali ini membincangkan agenda – agenda lepas, cadangan bengkel  dan aktiviti yang bakal dijalankan pada masa akan datang.
            IPM yang telah berusia 63 tahun seklai lagi berkumpul bagi mendapatkan idea dan buah fikiran bagi memantapkan lagi persatuan ini. Antara cadangan – cadangan yang dikemukakan adalah Bengkel Puisi, bengkel Cerpen dan Novel  dan hari Keluarga IPM. Selain itu melantik seorang Ahli Jawatankuasa yang baru bagi melengkapkan jumlah AJK seramai 13 orang. AJk tersebut adalah seorang penulis prolific iaitu Puan Hanita Hassan. Dan ada juga beberapa orang penulis turut memperkenalkan karya – karya terbaru bagi tujuan promosi.

            Antara penulis – penulis terkenal yang hadir di Mesyuarat tersebut ialah Prof Madya Dr Arbak Othman, Tuan Haji  Rani Embi, Maria Kajiwa, Zamidah Hashim, Tuan Haji Osman Dol dan Tuan haji Abdul Razak Adam disertai dengan  muka – muka baru

Monday, January 14, 2013

Bimbingan Menulis Cerpen dan Sajak



Umbai РPada 13 Januari 2013 bertempat di Kpa Agro Caf̩ telah berlangsung kursus bimbingan menulis sajak dan cerpen anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bimbingan ini terbuka kepada ahli Ikatan Persuratan Melayu dan juga masyarakat luar. Peserta yang berminat telah diminta mengirimkan sajak dan cerpen untuk dinilai oleh ahli panel yang dilantik.
            Bimbingan sajak dikendalikan oleh pensyarah UPM iaitu Prof Madya Dr Arbak Othman dan  Penulis veteran, Tuan Haji Mokhtar Yassin. Bimbingan ini menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan sajak yang baik dan berkualiti. Di samping itu beberapa buah sajak yang dikirim oleh peserta dinilai dan dibincangkan.
            Manakala bahagian cerpen pula dijalankan oleh penulis terkenal iaitu, Tuan Haji Razali Endun menjelaskan ciri – ciri cerpen yang baik dan kesalahan – kesalahan yang biasa dilakukan oleh penulis. Setiap cerpen peserta dikupas dan dibimbing secara santai.

            Setiap karya peserta dikritik secara santai dan kritis agar para peserta tahu apa kesalahan – kesalahan yang dilakukan dalam menghasilkan karya. Malahan para peserta boleh bertanya lanjut dan mendalam tentang karya mereka sendiri.