Sunday, October 13, 2013

Ceramah MyIPO dan ITBM




Pada 05 Septembetr 2013 bertempat di Hotel Super Cow Boy telah berlangsung ceramah MyIPO dan ITBM anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Ceramah ini terbuka kepada ahli Ikatan Persuratan Melayu dan juga masyarakat luar. Panel ceramah tersebut adalah Encik Mohamad Fairuz bin Mohd Pilus Selaku Pengarah Bahagian hak Cipta , My IPO dan ITBM pula diwakili oleh Penolong pengurus Jabatan Buku Malaysia ITBM iaitu Encik Rozlan bin Mohammed Noor .
            MyIPO telah menerangkan fungsi dan perkhidmatan  MyIPO dan juga hak-hak perlindungan kepada penulis agar tidak tertipu ataupun karya tidak diciplak oleh orang lain.Beliau juga menerangkan  peranan harta intelek, hak cipta dan sebagainya agar karya penulis terpelihara dan terjaga.
           Manakala Saudara Rozlan Mohammed Noor menerangkan fungsi ITBM dan  bagaimana menghantar karya di ITBM. Antara genre yang boleh dihantar adalah kumpulan puisi, kumpulan cerpen dan juga novel. Setiap amnuskrip boleh dihantar melalui pos dan juga email
            Setiap sesi yang dijalankan ada sesi soal jawab yang memudahkan peserta mendapatkan jawapan pada persoalan, memberikan pendapat dan ingin tahu lebih mendalam tentang hak perlindungan melalui MyIPO  dan penerbitan karya di ITBM.

No comments:

Post a Comment