Friday, December 18, 2020

Sekitar Sambutan 70 Tahun IPM, Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Cerpen, Puisi dan Esei Kemerdekaan dan Patriotik Zon Selatan 2020 dan Mesyuarat Agung IPM kali ke-63


Alhamdulilah pada 19 Disember 2020 telah berlangsung Sambutan 70 Tahun IPM, Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Cerpen, Puisi dan Esei Kemerdekaan dan Patriotik Zon Selatan 2020 dan Mesyuarat Agung IPM kali ke-63 di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka dengan usahasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS)  dan GAPENA juga Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Melaka

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tak terhingga kepada YAB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati Hj Samsudin, Ahli Parlimen jugaTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sudi merasmikan sambutan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) ke 70 tahun. Tetamu kehormat yang hadir ialah Datuk Zainal Abidin Borhan (Ketua 1 GAPENA), Puan Norhafizah binti Mohamed Husin (Pengarah DBPWS) dan Encik Amairudin Ali (Ketua 2 GAPENA juga Ketua 1 Persatuan Penulis Johor)

YAB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati Hj Samsudin juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Sayembara Menulis Cerpen, Puisi dan Esei Kemerdekaan dan Patriotik Zon Selatan 2020 kiga Sijil Pengiktirafan Sastera Seni dan Budaya tahun 2019 kepada ahli-ahli IPM yang tidak putus asa melibatkan diri dalam sastera, seni dan budaya sepanjang tahun 2019.

Pada majlis tersebut, Ikatan Persuratan Melayu (IPM) turut mengiktiraf empat ahli IPM yang begitu lama berjuang dalam Ikatan Persuratan Melayu iaitu
1) Dr Hj Haroun Kidam, bekas Ketua 2 dan Setiausaha 1 IPM
2) Prof Madya Arbak Othman, bekas Ketua 2 IPM
3) Hj Husin Embi,bekas Setiausaha 1 IPM selama 15 tahun
4) Hj Othman Drus, Bendahari IPM

Pada majlis itu turut menampilakn Program Bicara Tokoh Ikatan Persuratan Melayu yang menampilkan Datuk Shamsudin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman sebagai pembicara dan moderator oleh bekas Setiausaha 1 IPM iaitu Hj Husin Embi. 

Turut ditampilkan pameran hasil-hasil karya ahli-ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang telah bangunkan oleh  Encik Sufrei Abu Bakar, Tn Hj Ab Rani b Embi  dan Puan Norlinda Binti Hassim.