Sunday, March 30, 2014

Bengkel Penulisan Sajak dan Cerpen





Tarikh: 22 hingga 24 Ogos 2014 
Hari: Jumaat hingga Ahad
Tempat: Cadangan awal Pusat Hang Tuah,  Duyong, Melaka tetapi tertakluk pada perubahan tempat
Yuran: RM100 sahaja
Pemb
imbingSalman Sulaiman dan Fahd Razy
Makan minum dan tempat tinggal disediakan. Nota juga disediakan

Tiada had umur sebaliknya terbuka kepada Penulis dan bukan Penulis yang berminat bukan sahaja di Melaka tetapi di luar Melaka juga dialu-alukanPeserta yang berminat wajib menyediakan 1 sajak dan 1 cerpen untuk dinilai oleh penceramah.

Peserta yang berminat sila emailkan nama, alamat, no kad pengenalan, nombor telefon dan karya kepada Setiausaha 1 IPM, Sharifahaisiah@yahoo.com atau Setiausaha 2 IPM, idanardiel@gmail.com

Peserta yang diperlukan antara 15 hingga 20 orang sahaja


Dalam bengkel ini akan ada sesi bedah karya dan deklamasikan sajak. Ini akan dinilai oleh penceramah

Sunday, March 23, 2014

MALAM GEMA PUISI DOA DAN HARAPAN MH370




Tragedi kehilangan kapal terbang MH 370 telah mengundang rasa simpati masyarakat di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kehilangan secara misteri berikutan kehilangan radar secara tiba-tiba menimbulkan pelbagai persoalan. Di manakah kapal terbang itu pergi? Tenggelamkah?

Atas dasar simpati IPM dan Japerun Sungai Rambai telah bergabung bagi menyampikan kata-kata melalyu puisi. Idea YB Datuk Hassan bin Abd Rahman telah diadakan di Laman Belia satu Malaysia pada 22 Mac yang berlangsung pada jam 08.30 malam

Antara penyajak IPM yang membicarakan puisi ialah Ketua 1 IPM, Tn Hj Abd Razak Adam, Saadiah Shuib, Siti Zaharah Zalihan, Ida Nardiel Rasid, Zamidah Hashim, Hj Thazali, Hj Husin Embi, Sasterawan Melaka Hj Mokhtar Yassin dan YB Sungai Rambai iaitu Datuk Abdul Rahman turut menyumbangkan suara bagi menyampaikan rasa simpati pada tragedi malang itu