Sunday, March 23, 2014

MALAM GEMA PUISI DOA DAN HARAPAN MH370




Tragedi kehilangan kapal terbang MH 370 telah mengundang rasa simpati masyarakat di Malaysia dan juga seluruh dunia. Kehilangan secara misteri berikutan kehilangan radar secara tiba-tiba menimbulkan pelbagai persoalan. Di manakah kapal terbang itu pergi? Tenggelamkah?

Atas dasar simpati IPM dan Japerun Sungai Rambai telah bergabung bagi menyampikan kata-kata melalyu puisi. Idea YB Datuk Hassan bin Abd Rahman telah diadakan di Laman Belia satu Malaysia pada 22 Mac yang berlangsung pada jam 08.30 malam

Antara penyajak IPM yang membicarakan puisi ialah Ketua 1 IPM, Tn Hj Abd Razak Adam, Saadiah Shuib, Siti Zaharah Zalihan, Ida Nardiel Rasid, Zamidah Hashim, Hj Thazali, Hj Husin Embi, Sasterawan Melaka Hj Mokhtar Yassin dan YB Sungai Rambai iaitu Datuk Abdul Rahman turut menyumbangkan suara bagi menyampaikan rasa simpati pada tragedi malang itu

No comments:

Post a Comment