Sunday, December 9, 2012

Seminar Sastera Siber





MELAKA – Seminar Sastera Siber merupakan seminar sempena Bulan Bahasa kebangsaan 2012 negeri Melaka. Seminar anjuran bersama Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) telah berlangsung pada hari sabtu, 8 Disember 2012 bertempat di Bilik Seminar PBPI. Seminar ini dihadiri oleh ahli – ahli IPM, PENAMA dan juga mahasiswa dan mahasiswi UTEM.
                Obejektif program ini adalah membina dan memupuk pemikiran sastera di kampus sebagai pelengkap pemikiran intelektual dalam kalangan pelajar dan mengiktiraf peranan bahasa dan sastera dalam membangunkan tamadun bangsa serta membina budaya ilmu melalui kegiatan bahasa dan sastera.
                Seminar ini juga merasmikan dan melancarkan  Antologi Impian & Harapan terbitan IPM. Cerpen dan sajak yang terkandung dalam antologi tersebut adalah hasil karya pemenang utama dan sagu hati  sayembara Cerpen dan Sajak 2011 anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan DBP Wilayah Selatan.
                Ahli panel Seminar  ini terdiri daripada Tuan Haji Razali Endun yang merupakan ketua satu IPM mengulas kesalahan lazim  pleh Penulis dalam penulisan cerpen.  Kemudian Encik Uthaya Sankar, Presiden Kumpulan Sasterawan kavyan memberikan tip menulis cerpen untuk memenangi peraduan. Seterusnya, Prof Madya Dr. Abd Halim bin Ali dari UPSI menjelaskan peranan Sajak sebagai medium sastera.

                Manakala Prof Ir. Dr wan Abu Bakar atau dikenali sebagai Irwan Abu bakar menerangkan bagaimana untuk menghasilkan dan memperluaskan karya Sastera dalam medium Internet. Panel terakhir pula, Prof Madya Dr. Victor Pogadev menjelaskan dunia sastera di Rusia.