MELAKA – Seminar Sastera Siber
merupakan seminar sempena Bulan Bahasa kebangsaan 2012 negeri Melaka. Seminar
anjuran bersama Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTEM) dan Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) telah
berlangsung pada hari sabtu, 8 Disember 2012 bertempat di Bilik Seminar PBPI.
Seminar ini dihadiri oleh ahli – ahli IPM, PENAMA dan juga mahasiswa dan
mahasiswi UTEM.
Obejektif
program ini adalah membina dan memupuk pemikiran sastera di kampus sebagai
pelengkap pemikiran intelektual dalam kalangan pelajar dan mengiktiraf peranan
bahasa dan sastera dalam membangunkan tamadun bangsa serta membina budaya ilmu
melalui kegiatan bahasa dan sastera.
Seminar
ini juga merasmikan dan melancarkan
Antologi Impian & Harapan terbitan IPM. Cerpen dan sajak yang
terkandung dalam antologi tersebut adalah hasil karya pemenang utama dan sagu
hati sayembara Cerpen dan Sajak 2011
anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan DBP Wilayah Selatan.
Ahli
panel Seminar ini terdiri daripada Tuan
Haji Razali Endun yang merupakan ketua satu IPM mengulas kesalahan lazim pleh Penulis dalam penulisan cerpen. Kemudian Encik Uthaya Sankar, Presiden
Kumpulan Sasterawan kavyan memberikan tip menulis cerpen untuk memenangi
peraduan. Seterusnya, Prof Madya Dr. Abd Halim bin Ali dari UPSI menjelaskan
peranan Sajak sebagai medium sastera.
Manakala
Prof Ir. Dr wan Abu Bakar atau dikenali sebagai Irwan Abu bakar menerangkan
bagaimana untuk menghasilkan dan memperluaskan karya Sastera dalam medium
Internet. Panel terakhir pula, Prof Madya Dr. Victor Pogadev menjelaskan dunia
sastera di Rusia.
No comments:
Post a Comment