Umbai – Pada 13 Januari
2013 bertempat di Kpa Agro Café telah berlangsung kursus bimbingan menulis
sajak dan cerpen anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bimbingan ini terbuka
kepada ahli Ikatan Persuratan Melayu dan juga masyarakat luar. Peserta yang
berminat telah diminta mengirimkan sajak dan cerpen untuk dinilai oleh ahli
panel yang dilantik.
Bimbingan sajak dikendalikan oleh pensyarah UPM iaitu
Prof Madya Dr Arbak Othman dan Penulis
veteran, Tuan Haji Mokhtar Yassin. Bimbingan ini menjelaskan bagaimana untuk
menghasilkan sajak yang baik dan berkualiti. Di samping itu beberapa buah sajak
yang dikirim oleh peserta dinilai dan dibincangkan.
Manakala bahagian cerpen pula dijalankan oleh penulis
terkenal iaitu, Tuan Haji Razali Endun menjelaskan ciri – ciri cerpen yang baik
dan kesalahan – kesalahan yang biasa dilakukan oleh penulis. Setiap cerpen
peserta dikupas dan dibimbing secara santai.
Setiap karya peserta dikritik secara santai dan kritis
agar para peserta tahu apa kesalahan – kesalahan yang dilakukan dalam
menghasilkan karya. Malahan para peserta boleh bertanya lanjut dan mendalam
tentang karya mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment