Friday, May 30, 2014

Kembara Sastera Ke Pulau-Pulau Selat Melaka



































Pada 30 Mei 2014 pada hari Sabtu telah berlangsung satu kembara Sastera ke Pulau-pulau Selat Melaka dengan menaiki bot dari jeti Syahbandar. Hampir 30 ahli IPM mengikuti kembara ini.  mereka di bawa mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar Selat Melaka. kembara ini ditemani hujan renyai-renyai. keindahan laut selat Melaka juga menggamit perasaan kami.

Tiba di jeti Pulau Besar, sebahagian ahli-ahli IPM bersajak bagi pengisian sastera kembara ini. Menyewa dua buah Van kami di bawa mengelilingi tempat-tempat yang ada di Pulau Besar.

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.
Selain dari menziarahi Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terdapat banyak lagi makam-makam dan tempat-tempat yang menjadi tarikan utama disini, antaranya :-
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung

Tuesday, May 27, 2014

Sayembara Sejarah negeri Melaka kerjasama IPM dan DBPWS

Keputusan pemenang bagi Sayembara Sejarah negeri Melaka kerjasama IPM dan DBPWS
Kategori Cerpen: 
Tempat pertama: Sharifah Aisiah
tempat kedua: Tn Hj Razak Adam 
Tempat ketiga: Zaiton Md Tawil 
Sagu hati:
Zaiton Md Tawil
Zamidah Hashim 
Hanita Hassan 
Norhidayah Mohd Rasid 
Zubaidah Ishak 
Hj Zaid bin Hj Md Saman 
Muhammad Hazman bin Hussin

Kategori Sajak: 
Tempat pertama: Nur Syuhadah binti Zaid
tempat kedua: Othman bin Hashim
Tempat ketiga: Isbahudin bin Awang Halim 
Sagu hati:
Hj Zaid bin Hj Md Saman 
Hj Zaid bin Hj Md Saman 
Mazlia Hanis binti ABdul Manan 
Salmiah Sirajab 
Isbahudin bin Awang Halim 
Zaiton Md Tawil

Tahniah kepada semua pemenang......









Pada 26 Mei 2014 telah berlangsung penyampaian sayembara Sejarah negeri Melaka usahasama IPM dengan DBPWS di Hotel Permaisuri, Ayer Keroh. Keputusan Sayembara ini telah dirasmikan oleh Ketua Puteri  UMNO Malaysia iaitu, YB Mas Ermieyati.

Sayembara ini terbuka kepada rakyat negeri Melaka dan juga penduduk luar yang bermastautin di negeri Hang Tuah ini. Sayembara ini diwujudkan bagi menghargai sejarah negeri Melaka yang snetiasa menjadi sebutan masyarakat luar Melaka. Kesempatan ini diambil untuk  menghidupkan smeua watak-watak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam bentuk cerpen dan sajak agar dibaca dan difahami oleh generasi baru.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Penyajak dari Johor iaitu Amni Jagat yang membaca sajak dan menyanyikan lagu puisi  dan juga Penyajak Veteran iaitu Prof Arbak Othman yang membacakan sajak pemenang. Lebih menarik YB Mas Ermieyati turut membacakan sebuah sajak

Wednesday, May 7, 2014

Kembara Sastera Pulau ke Pulau di Melaka anjuran Ikatan Persuratan Melayu





Kembara Sastera Pulau ke Pulau di Melaka anjuran Ikatan Persuratan Melayu
Tarikh: 17 Mei 2014
Hari: Sabtu
Lokasi: Dari Jeti Muara Sungai Melaka, Banda Hilir
Bayaran: Dewasa seorang RM 35 dan kanak-kanak seorang RM 10. Bayaran ini termasuk tambang, makan minum dan sewa van untuk lawatan di sekitar Pulau Besar
Waktu berkumpul: 08.30 pagi di muara sungai Melaka, banda Hilir. Kalau lambat nanti cuaca panas bila tiba di Pulau
Peserta terhad 30 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat! Bagi yang membawa anak, suami atau sesiapa sahaja sila maklumkan pada saya agar tidak melebihi daripada 30 orang
Aktiviti seperti baca sajak, sembang karya, cabutan bertuah
Bayaran akan dimaklumkan kerana bergantung pada jumlah peserta dan ahli keluarga yang di bawa. Sila maklumkan penyertaan pada Tun Teja Al-Yahya atau saya sebelum 12 Mei 2014



Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.
Selain dari menziarahi Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail, terdapat banyak lagi makam-makam dan tempat-tempat yang menjadi tarikan utama disini, antaranya :-

  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung

Saturday, May 3, 2014

BENGKEL CERPEN DAN SAJAK ANJURAN IKATAN PERSURATAN MELAYU



Tarikh: 13, 14 dan 15 Jun 2014
Hari: 3 petang Jumaat hingga tengahari Ahad
Tempat: Kak Long Chalet, Permatang Pasir, Alai, Melaka 
Penceramah: Fahd Razy dan Salman Sulaiman
Bayaran RM 100 
Tempat penginapan, makan minum, nota, dan sijil disediakan
peserta: 15-20 orang peserta
Segala maklumat dan butir diri peserta yang berminat boleh emailkan kepada Setiausaha 1 IPM, sharifahaisiah@yahoo.com atau setiausaha 2 IPM, idanardiel@gmail.com ataupun whatssup 0193914673
Peserta yang ada karya sajak dan cerpen bolehlah emailkan sekali kerana program ini turut menampilkan sesi bedah karya oleh dua penceramah tersebut.
Peserta dan penulis luar Melaka dialu-alukan tetapi kos pengangkutan adalah tangungan sendiri