Tuesday, October 29, 2013

Program Bicara Buku




Bagi mereka yang mahu sertai sesi BICARA BUKU, dua buah buku karya ahli-ahli IPM yang akan dibicarakan iaitu buku Seharum Kasih Manisah oleh Cikgu Arazak Adam terbitan PTS dan Tiga Enigma Cinta karya Puan Zamidah Hashim terbitan DBP. Bagi yang berminat mahu sertai Program Bicara Buku tetapi masih belum ada buku-buku tersebut oleh pm saya atau sms saya di talian 0123011659


Program Bicara seperti butir-butir di bawah:-

Tarikh: 17 November 2013
Hari   : Ahad
Tempat: kedai Mamak, mungkin (Restoran Siti Subaidah, MITC masih dalam perbincangan)
Masa:jam 9 Pagi

Friday, October 25, 2013

Buku Antologi Impian dan Harapan



Ini adalah buku antogi yang memuatkan cerpen dan puisi pemenang bagi Sayembara negeri Melaka pada tahun 2011 anjuran bersama IPM dan DBPWS dan buku diterbitkan sepenuh  oleh IPM. Antara penulis-penulis yang menyumbangkan karya ialah Alina Idris, Prof Dr Arbak, Zamidah Hashim, Hanita Hassan, Ida Nardiel dan ramai lagi

Tajuk buku ini diambil daripada tajuk puisi karya Prof dr Arbak Othman. Buku ini beharga RM 15 sahaja tidak termasuk harga pos

Bagi seaiapa yang berminat boleh email kepada idanardiel@gmail.com dan sharifahaisiah@yahoo.com

Monday, October 21, 2013

Mesyuarat AJK GEMA MALAM PUISI SUNGAI RAMBAI

Mesyuarat AJK IPM kali ini diadakan bagi membincangkan program MALAM GEMA PUISI SUNGAI RAMAI yang akan diadakan di Laman Belia 1 Malaysia Sungai Rambai pada 14 Disember 2013.













Program ini bekerjasama dengan pihak DBPWS dan Japerun Sungai Rambai. Program ini diadakan bagi melahirkan bakat-bakat baru, memeprkenalkan semula puisi-puisi lama yang hampir pupus. Selain itu menjalainkan usahama antara penggiat sastera dengan penduduk setempat.

Program yang bakal diadakan ini tidak hanya mempersembahkan puisi moden seperti sajak sebaliknya pihak IPM sebulat suara mahu mempersmebhakan puisi lama seperti nazam, syair pantun, gurindam dan sebagainya. Ini kerana tidak ramai generasi sekarang tahu akan kewujudan puisi-puisi lama yangs emakin lama ditinggalkan. Lebih menarik IPM mahu  mengadakan Dondang sayang yang merupaka simbol bagi masyarakat negeri Melaka.

Selain itu, IPM juga mencadang mahu mengedakan jualan buku-buku terbitan IPM serta buku-buku tulisan Penulis-penulis IPM

Jadi rakyat Melaka, datanglah memeriahkan program  GEMA MALAM PUISI SUNGAI RAMBAI

Saturday, October 19, 2013

Malam Gema Puisi Sungai Rambai

Malam Gema Puisi Sungai Rambai

Tarikh: 14 Disember 2013


Tempat: Laman Belia 1 Malaysia, Sungai Rambai, Melaka


Hari: Sabtu


Waktu : 8.30 malam hingga 10.30 malam 


Anjuran  Japerun Sungai Rambai , DBP Wilayah Selatan dan Ikatan Persuratan Melayu

Pelbagai puisi lama dan moden akan dipersembahkan seperti sajak, nazam, syair, gurindam dan lagu puisi. Jemputan khas adalah Dondang sayang.  Antara  Pendeklamator yang   mempersembahkan puisi ialah:-
1)Muhamad Rukhaini bin Zaiton

2)Fairuzan bin Abdul Majid
3)Sharifah Aisiah Syed Mahazar
4)Lily Siti Multatuliana
5)Ramly bin Abu
6)Arbak bin Othman
7)Mahad bin Abu Bakar
8)Thazali bn Md Elah

9)Rani bin Embi
10)Siti Zahrah binti Salihan


Sunday, October 13, 2013

Ceramah MyIPO dan ITBM




Pada 05 Septembetr 2013 bertempat di Hotel Super Cow Boy telah berlangsung ceramah MyIPO dan ITBM anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Ceramah ini terbuka kepada ahli Ikatan Persuratan Melayu dan juga masyarakat luar. Panel ceramah tersebut adalah Encik Mohamad Fairuz bin Mohd Pilus Selaku Pengarah Bahagian hak Cipta , My IPO dan ITBM pula diwakili oleh Penolong pengurus Jabatan Buku Malaysia ITBM iaitu Encik Rozlan bin Mohammed Noor .
            MyIPO telah menerangkan fungsi dan perkhidmatan  MyIPO dan juga hak-hak perlindungan kepada penulis agar tidak tertipu ataupun karya tidak diciplak oleh orang lain.Beliau juga menerangkan  peranan harta intelek, hak cipta dan sebagainya agar karya penulis terpelihara dan terjaga.
           Manakala Saudara Rozlan Mohammed Noor menerangkan fungsi ITBM dan  bagaimana menghantar karya di ITBM. Antara genre yang boleh dihantar adalah kumpulan puisi, kumpulan cerpen dan juga novel. Setiap amnuskrip boleh dihantar melalui pos dan juga email
            Setiap sesi yang dijalankan ada sesi soal jawab yang memudahkan peserta mendapatkan jawapan pada persoalan, memberikan pendapat dan ingin tahu lebih mendalam tentang hak perlindungan melalui MyIPO  dan penerbitan karya di ITBM.

Tuesday, October 8, 2013

Cinta Yang Terindah

Lyra Soraya seorang gadis remaja yang mendambakan cinta pertama. Pandangannya tertarik kepada Syafizal, seorang pelajar senior yang terkenal di kolej mereka. Disebalik kebahagiaan keluarga,Lyra Soraya sebenarnya tidak menyedari  akan ketegangan yang wujud antara papa dan mama. Hati Lyra Soraya tercarik apabila papanya membuat keputusan untuk mengahwini pekerjanya sendiri. Lebih memilukan mama Lyra Soraya merestui perkahwinan itu.
Hidup Lyra Soraya lebih bermakna apabila impiannya untuk memiliki cinta Syafizal menjadi  kenyataan tanpa mengetahui cinta pura – pura dari Syafizal adalah satu permainan yang dicabar oleh Ameer.
Lyra Soraya mencemburu ibu tirinya yang dipanggil umi. Segalanya berubah bila Syafizal memutuskan hubungan apabila rahsianya terbongkar. Akibat terlalu kecewa Lyra Soraya mengalami kemurungan dan kekecewaan dan dari situ perhatian dari ibu tirinya membuatkan Lyra Soraya berubah akan sikap prejudisnya. Kisah cinta antara dia dan Fareez mula bermula apabila Fareez sentiasa menghadirkan diri dalam hidupnya. Meskipun beberapa kali ditolak, Fareez tetap menanti namun dua gadis juga menagih cinta dari Fareez. Mereka berdua tetap mahu mempertahankan cinta meskipun ada halangan dan gangguan. Malahan Norhana juga cuba mahu meraih perhatian dan cinta dari Fareez.
Cinta gila Khafizah terhadap Fareez sedikit sebanyak menimbulkan rasa ragu dan cemburu. Keakraban Lyra Soraya dengan ibu tirinya mula mengundang gusar di hati ibu kandung. Sekali lagi, Lyra Soraya mengalami putus cinta dan mula membenci lelaki namun tanpa disedari Fareez berada diambang maut.        
Kehadiran Azhan juga menggugat hubungan Lyra Soraya dengan Fareez. Azhan mengambil berat terhadap Lyra Soraya
Lyra Soraya rasa bersalah bila mendapat tahu Fareez menghidap penyakit barah tahap 4 otak. Lyra Soraya mengambil keputusan untuk menjaga Fareez di hospital meskipun ditolak oleh Fareez. Lyra Soraya tetap berkeras mahu menjaga Fareez. Setiap kali Fareez ingin tidur, Lyra Soraya akan memesan agar bangun keesokan pagi. Lyra Soraya terlalu bimbang jika Fareez pergi tanpa dia sedari. Sebenarnya, setiap kali Lyra Soraya tertidur, Fareez menulis nota – nota cinta lalu dijadikan bintang lalu disimpan ke dalam botol. Fareez memberitahu Lyra Soraya adalah mahu melihat rakan pasukan futsal, Versus Core bermain di perlawanan akhir. Hasrat itu tercapai. Itulah saat – saat terakhir Fareez bersama rakan – rakan pasukannya. Sehinggalah, Lyra Soraya bangun pagi untuk mengejutkan Fareez namun Fareez kaku dalam tidur.
Pemergian Fareez membuatkan Lyra Soraya terlalu kecewa dan berusaha mencari dirinya yang lalu dengan bantuan papa, mama dan umi. Kesedihan itu bercambah apabila umi meninggal dunia sewaktu melahirkan anak kembarnya. Setelah tamat pengajian ijazah, Lyra Soraya membuat keputusan mahu meneruskan pengajiannya diluar negara tetapi dihalang oleh papa  atas alasan bimbang dan keluarga Lyra Soraya mencadangkan untuk menjodohkan Lyra Soraya dengan Azhan



Sunday, October 6, 2013

Sayembara Sejarah Negeri Melaka 2013/2014

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

SAYEMBARA SAJAK DAN CERPEN NEGERI MELAKA
Sempena Sambutan 11 Tahun Melaka Bandar Raya Bersejarah 2014
Anjuran bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS)
dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM) Melaka

           1.          Sayembara ini terbuka kepada:
1.1          Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka.
1.2          Penulis yang dilahirkan di negeri Melaka dan menetap di luar negeri Melaka.
1.3          Penulis yang bermastautin di negeri Melaka sekurang-kurangnya tiga (3) tahun daripada tarikh tutup penyertaan. Sila sertakan surat pengesahan daripada ketua jabatan / majikan / ketua masyarakat / ketua institusi pendidikan.
1.4          Ahli-ahli IPM yang bukan dilahirkan di Melaka dan bukan bermastautin di Melaka adalah layak menyertai sayembara ini kecuali Ahli Jawatankuasa Pengelola Sayembara pihak IPM.
2.         Setiap peserta hanya boleh menghantar satu atau tidak lebih tiga (3) buah sajak ciptaan sendiri yang belum memenangi sebarang sayembara / pertandingan dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan bercetak.
3.         Sajak hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu (saiz fon: 12 / jenis fon: Arial atau Times New Roman).
            Setiap peserta hanya boleh menghantar satu atau tidak lebih tiga (3) buah cerpen ciptaan sendiri yang belum memenangi sebarang sayembara / pertandingan dan belum pernah diterbitkan dalam penerbitan bercetak.
            Cerpen yang dihasilkan hendaklah sekitar 10 - 16 halaman. Karya hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu serta ditaip di sebelah muka surat dan dilangkau dua baris (saiz fon: 12 / jenis fon: Arial atau Times New Roman)
4.         Tajuk dan tema karya mestilah berunsurkan sejarah negeri Melaka iaitu bermula tarikh pembukaannya pada tahun 1262 M sehingga kini.
5.         Setiap penyertaan perlulah menggunakan borang yang disediakan. Borang penyertaan boleh difotokopi.
6.             Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2014. Penyertaan yang diterima selepas  tarikh  itu tidak akan dipertimbangkan.
7.              Panel penilai/hakim hanya menilai karya peserta yang lengkap sahaja   berdasarkan syarat pada perkara 5 di atas. Keputusan panel penilai/hakim adalah muktamad.
8.             Pihak urus setia tidak bertanggungjawab sekiranya karya atau borang penyertaan yang dikirim melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
9.             Hasil karya yang dipertandingkan menjadi hak milik sepenuhnya DBP Wilayah  Selatan dan IPM. Pihak urus setia boleh melakukan penyuntingan atau apa-apa perubahan yang dirasakan perlu bagi sebarang tujuan penerbitan.
10.          Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut memenangi hadiah ataupun tidak.
11.          Karya yang dihantar mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran penyesuaian atau apa-apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
12.          Semua keputusan dan pertimbangan daripada pihak penganjur adalah  muktamad.
13.          Pemenang-pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sama ada melalui surat, e-mel atau telefon yang dijangka pada penghujung bulan Mac atau awal bulan April 2014.
14.          Peserta dilarang menulis nama pada kertas / helaian karya yang dikirimkan. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan sahaja.
Hadiah kategori sajak:
                        a. Pertama        - Wang tunai RM600.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        b. Kedua          - Wang tunai RM500.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        c. Ketiga           - Wang tunai RM400.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        d. 7 hadiah sagu hati - Wang Tunai RM200.00/Sijil Penghargaan/Hadiah Iringan.

Hadiah kategori  cerpen:
                        a. Pertama        - Wang tunai RM1,000.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        b. Kedua          - Wang tunai RM800.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        c. Ketiga           - Wang tunai RM700.00 / Sijil Penghargaan / Hadiah Iringan.
                        d. 7 hadiah sagu hati - Wang Tunai RM500.00/Sijil Penghargaan/Hadiah Iringan.


Penyertaan hendaklah dialamatkan kepada:
Hj. Husin Embi,
Setiausaha Satu IPM,
No. 8988, Taman Wangi,
Jalan Malim,
75250 Melaka.
Sebarang pertanyaan hubungi:
i. Hj. Husin Embi - IPM
(06-3358577 / 017-6709911)
ii. Rusdi Abd. Rahman - DBPWS
(07-2358802 / e-mel: rar@dbp.gov.my )



·         Bagi yang mahu  mendapatkan borang, boleh email kepda idanardiel@gmail.com. Borang tersebut akan dikirimkan kepada pengirim email