Sunday, August 25, 2019

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Melaka Kali ke-33

Dengan usahasama GAPENA, DBPWS, IPM dan Politeknik Merlimau telah berlangsung Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Melaka kali ke-33. Ini meruapakan kali kedua, IPM atau Ikatan Persuratan Melayu diberikan tanggungjawab dan amanah untuk mengelolakan sayembara yang telah diadakan sekian lama sejak tahun 80-an. Sayembara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para Deklamator seluruh negara ini telah berjalan dengan jayanya di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka

Acara ini disertai oleh 12 peserta melalui saringan dan hanya 10 peserta yang latak ke peringkat akhir pada 25 Ogos pada pukul 2 tempat yang berlangsung dengan baiknya dan dirasmikan oleh Pengarah JKKN Negeri Melaka iaitu Cik Ezlina Alias.

Keputusan

Johan: Shahrul Mubarak b Ahmad

Naib Johan: Md  Muzani b Md Said

Ketiga: Siti Nur Alia binti Safri













Shahrul Mubarak

Md Muzani b Md Said

Siti Nur Alia Safri







Sunday, August 11, 2019

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-33, TAHUN 2019 PERINGKAT NEGERI MELAKA

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-33, TAHUN
2019
PERINGKAT NEGERI MELAKA
SYARAT PENYERTAAN PERINGKAT NEGERI
1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
2. Setiap peserta hendaklah membeli buku Antologi Puisi Kemerdekaan Tanggam Warisan, terbitan GAPENA tahun 2019.
3. Peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam Antologi Puisi Kemerdekaan Tanggam Warisan.
4. Terbuka kepada peserta yang dilahirkan atau bekerja atau menuntut di Melaka.
5. Bagi peserta yang telah menjadi Johan selama tiga tahun berturut-turut di negeri ini dan negeri lain tidak dibenarkan menyertai sayembara pada tahun ini.
6. Peserta yang berjaya mendapat tempat Pertama, Kedua dan Ketiga di negeri-negeri lain dalam sayembara pada tahun ini, tidak dibenarkan menyertai sayembara peringkat negeri ini.
7. Pertandingan ini akan diadakan secara saringan (jika penyertaan lebih dari 10 orang) dan akhir; tertakluk kepada jumlah penyertaan.
8. Panel hakim ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dan Pertandingan peringkat negeri. Oleh itu, para peserta harus berhubung dengan Setiausaha 1 Ikatan Persuratan Melayu untuk makluman dan tindakan seterusnya
9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
10. Sebarang makluman dan pertanyaan di peringkat negeri Melaka, boleh berhubung dengan Cik Ida Mohd Rasid di talian WhatsApp 019-3914673. Tarikh tutup pendaftaran sebelum atau pada 20 Ogos 2019