Monday, September 9, 2013

Bengkel Penulisan Cerpen dan Novel








Umbai – Pada 6 hingga 8 September 2013 bertempat di KPA Agro CafĂ© telah berlangsung kursus Bnegkel Penulisan Cerpen dan Novel anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bengkel ini dihadiri ahli Ikatan Persuratan Melayu orang perseorangan dan beberapa pelajar Politeknik Merlimau. Peserta telah diminta mengirimkan cerpen untuk dinilai oleh ahli panel yang dilantik.
            Bimbingan cerpen dikendalikan oleh Penulis SM Zakir menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan cerpen yang baik dan berkualiti. Beliau juga menjelaskan bahawa Penulis yang membentuk masyarakat bukannya masyarakat yang membentuk penulis. Selain itu, beliau juga menceritakan bagaimana penulis-penulis luar negara mampu menghasilkan karya yang baik dan berkualiti dan diterima masyarakat.
            Manakala bahagian novel pula dijalankan oleh penulis terkenal iaitu, Dr Faisal Tehrani menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan novel dari segi penggunaan ayat, plot, latar, watak perwatakan dan kesilapan –kesilapan yang biasa dilakukan oleh Penulis. Beliau juga menyarankan agar penulis menulis secara logik dan diterima akal.
            Manakala Penulis tersohor, Razali Endun ‘membedah’ karya – karya peserta secara santai dan kritis agar para peserta tahu apa kesalahan – kesalahan yang dilakukan dalam menghasilkan karya. Malahan para peserta boleh bertanya lanjut dan mendalam tentang karya mereka sendiri.

            Seorang penulis kelahiran Melaka, Hanita Hassan juga telah memberikan panduan bagaimana untuk menjadi Penulis yang baik dan panduan menghantar karya ke penerbit. Selain itu beliau juga berkongsi pengalaman sepanjang bergelar Penulis.