Saturday, October 20, 2018

Bengkel Penulisan Puisi dan Cerpen di SMK Seri Tanjong

Pada 18-20 Oktober 2018 telah berlangsung satu program Usahamasama SMK Seri Tanjong, Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Ikatan persuratan Melayu (IPM). Bengkel ini diadakan bagi melahirkan penulis-penulis muda serta menambahkan ilmu pengetahuan mengenai puisi dan cerpen.

Antara pebimbing yang hadir memerikan ilmu, berkongsi pengalaman dan sebagainya ialah Tuan Hj abd Razak Adam selaku Ketua 1 IPM, Tn Hj Rani Embi, Ketua 2 IPM yang juga Tokoh Seni Budaya Melaka serta Puan Zubaidah ishak yang merupakan Novelis dan Cerpenis yang berpengalaman luas. Program ini merupakan cetusan idea Cikgu Raisah dan cikgu Rafizi yang merupakan ahli IPM. Tn Hj Rani Embi semestinya menyampaikan pelbagai puisi tradisional seperti lazimnya seperti nazam, syair, gurindam dan banyak lagi

Bengkel yang mendapat sokongan besar dan padu dari Dewan Bahasa dan Pustaka Selatan yang diwakili oleh Puan Siti Hajar Elah turut membantu dari pelbagai sudut.



Ucapan dari ketua 1 IPM, Tn Hj Abd Razak

Tn Hj Rani Embi yang juga Tokoh Budaya Melaka menerima sumbangan

Peserta mengambil bahagian

Puan Zubaidah Ishak


Saturday, October 6, 2018

Dialah Pemikir Bangsa


Tahniah kepada Johan Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan ke 32 yang mewakili negeri Pahang, Siti Nur Zafran yang mendeklamasikan Puisi Dialah Pemikir Bangsa


Tahniah kepada Idham Khalil Ibrahim, AJK Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang menjadi Naib Johan Pertandingan Deklamasi Sajak NUTP sempena Hari Guru Sedunia juga menyampaikan tajuk puisi yang sama

Tahniah kepada Tuan Hj Rani Embi, Ketua 2 Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang juga Tokoh Budaya Melaka kerana menghasilkan sajak hebat, Dialah Pemikir Bangsa. 

Ketua 1 IPM, Tn Hj Razak Adam bersama peserta yang mewakili negeri Melaka, Cikgu Muzaini.

Md Muzaini, peserta Melaka yang mendeklamasikan puisi bertajuk Mengukir Nama di Bintang.