Friday, January 1, 2016

Maksud Logo Ikatan Persuratan Melayu

LogoPersatuan ini seperti gambar rajah ialah sebuah buku terbuka warna hijau (Kesuburan) terletak di atas kotak warna biru berlatarbelakangkan warna putih dan merah bergaris hitam dan di atas buku tertera perkataan IPM warna hitam dalam kotak warna kuning.IPM adalah singkatan nama Pertubuhan ‘IKATAN PERSURATAN MELAYU’

      Di bawah kotak buku terdapat lingkaran daun resam warna hitam sebelah kiri dan setangkai padi warna keemasan (Keunggulan) di sebelah kanan yang memberi makna penulisan, persuratan dan kebudayaan. Perkataan ‘IKATAN PERSURATAN MELAYU’ ditulis dengan warna hitam berlatarbelakang warna kuning di bawah lingkaran daun resam dan setangkai padi.
    
     

Warna Merah, Kuning, Biru dan Putih adalah warna-warna Bendera Malaysia melambangkan sokongan Persatuan kepada negara tercinta.

Antologi IPM

Atas permintaan, tarikh hantar cerpen dari ahli-ahli IPM dilanjutkan. Tarikh tutup akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Selamat berkarya wahai ahli-ahli IPM. Insha Allah ini adalah antologi IPM yang keempat. Antologi ketiga iaitu Sayembara Sejarah Negeri Melaka dalam proses penilaian.

Antologi ini akan dilahirkan kerana penambahan ahli-ahli IPM yang baru. Langkah terbaik untuk mengentengahkan karya-karya mereka adalah menerbitkan antologi terbaru sebagai usaha menghargai karya-karya mereka