Sunday, May 26, 2013

Bengkel Penghayatan Sajak








Melaka – Pada 25 Mei 2013 telah berlangsung Bengkel Penghayatan Sajak anjuran Ikatan Persuratan  Melayu yang diadakan di Hotel Hang Tuah City. Bengkel ini dikendalikan oleh seorang Penyajak dari Johor Bharu iaitu Amni Jagat selama satu hari.
            Antara Objektif  bengkel ini dijalankan adalah untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan kukuh kepada    peserta program dengan sebarang maklumat yang diperolehi yang lebih berfokuskan kepada penulisan sajak, memupuk dan menyemai perasaan kecintaan terhadap bidang penulisan sajak dan berusaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dalam bidang ini, para peserta dapat mendalami aspek penulisan sajak serta memupuk minat untuk menghasilkan sajak mengikut genre tertentu, memahami teknik penulisan sajak yang betul dan tepat, menambahkan pengetahuan di samping memperoleh pengalaman baharu dalam sajak, melahirkan generasi yang berilmu dan berketerampilan melalui program dan sesi latihan yang dirancangkan sepanjang program diadakan, menghargai dan menghayati sumbangan penulisan karya sastera dalam membina tamadun bangsa dan menghasilkan antologi sajak yang berkualiti dan  mencapai kualiti isi kandungan yang sewajarnya

            Amni Jagat yang juga seorang Penulis berkongsi tips, pengalaman, ilmu dan buah fikiran bagaimana untuk menjadi seorang Penyajak yang baik. Saudara Amni Jagat membicarakan tentang  Mengenal Diri & Seni dalam sajak, Cabang Seni Puisi, Kembara Puisi dan Fungsi Karya Pada   Alam

Monday, May 20, 2013

Mesyuarat Agung IPM kali ke-56


Melaka – Pada 19 Mei 2013 telah berlangsung satu mesyuarat Agung Ikatan Persuratan Melayu (IPM) kali 56 yang bertempat Hotel Hang Tuah City. Mesyuarat Agung kali ini bukan ssahaja di hadiri oleh para AJK tetapi juga ahli – ahli yang berdaftar. Mesyuarat kali ini membincangkan agenda – agenda lepas, cadangan bengkel  dan aktiviti yang bakal dijalankan pada masa akan datang.
            IPM yang telah berusia 63 tahun seklai lagi berkumpul bagi mendapatkan idea dan buah fikiran bagi memantapkan lagi persatuan ini. Antara cadangan – cadangan yang dikemukakan adalah Bengkel Puisi, bengkel Cerpen dan Novel  dan hari Keluarga IPM. Selain itu melantik seorang Ahli Jawatankuasa yang baru bagi melengkapkan jumlah AJK seramai 13 orang. AJk tersebut adalah seorang penulis prolific iaitu Puan Hanita Hassan. Dan ada juga beberapa orang penulis turut memperkenalkan karya – karya terbaru bagi tujuan promosi.

            Antara penulis – penulis terkenal yang hadir di Mesyuarat tersebut ialah Prof Madya Dr Arbak Othman, Tuan Haji  Rani Embi, Maria Kajiwa, Zamidah Hashim, Tuan Haji Osman Dol dan Tuan haji Abdul Razak Adam disertai dengan  muka – muka baru