Melaka – Pada 19 Mei 2013 telah berlangsung satu
mesyuarat Agung Ikatan Persuratan Melayu (IPM) kali 56 yang bertempat Hotel Hang
Tuah City. Mesyuarat Agung kali ini bukan ssahaja di hadiri oleh para AJK
tetapi juga ahli – ahli yang berdaftar. Mesyuarat kali ini membincangkan agenda
– agenda lepas, cadangan bengkel dan
aktiviti yang bakal dijalankan pada masa akan datang.
IPM
yang telah berusia 63 tahun seklai lagi berkumpul bagi mendapatkan idea dan
buah fikiran bagi memantapkan lagi persatuan ini. Antara cadangan – cadangan
yang dikemukakan adalah Bengkel Puisi, bengkel Cerpen dan Novel dan hari Keluarga IPM. Selain itu melantik
seorang Ahli Jawatankuasa yang baru bagi melengkapkan jumlah AJK seramai 13
orang. AJk tersebut adalah seorang penulis prolific iaitu Puan Hanita Hassan.
Dan ada juga beberapa orang penulis turut memperkenalkan karya – karya terbaru
bagi tujuan promosi.
Antara
penulis – penulis terkenal yang hadir di Mesyuarat tersebut ialah Prof Madya Dr
Arbak Othman, Tuan Haji Rani Embi, Maria
Kajiwa, Zamidah Hashim, Tuan Haji Osman Dol dan Tuan haji Abdul Razak Adam
disertai dengan muka – muka baru
No comments:
Post a Comment