Tuesday, August 30, 2016

Bengkel Pemurnian Cerpen

Assalamualaikum
Ikatan Persuratan Melayu menjemput masyarakat yang berminat dalam bidang penulisan cerpen. bengkel ini pada asasnya untuk ahli-ahli  IPM yang menghantar karya bagi untuk diterbitkan dalam bentuk antologi. oleh itu kami buka kepada mereka yang mahu mengasah pena dan berguru dengan Penulis tersohor, SM Zakir.
Syarat-syarat penyertaans eperti di dalam gambar. bagi mereka yang berminat boleh hubungi pihak urusetia.

Saturday, August 6, 2016

Sekitar Sembang Santai Sempena Kembara Jejak Sastera Buya Hamka

Menyusuri karya-karya hebat Buya Hamka memang tidak pernah menjemukan. setiap karyanya sampai ke hati. kisah cinta Zainudin dan Hayati antara yang masih berkesan. Buya Hamka, adalah lelaki Minangkabau yang berani mengkritik budaya dan adat Minangkabau dalam setiap bukunya. beliau anak Ulamak terkenal begitu halus dalam penulisannya. 

Jika dibandingkan karya-karyanya yang disembangkan tidak jauh beza namun pendekatannya membawa kebaikan di mana, agama tetap yang teratas. Meskipun hebatnya cinta Zainudin terhadap Hayati, tetap ada batas dalam perasaannya. 

Ahli IPM juga menyusuri dan melawat rumah peninggalan Penghulu Natar yang menjadi simbol kebangaan masyarakat Merlimau.