Saturday, February 23, 2019

Sastera Bersarapan - IPM & Dinsman

Pada 17 Februari 2019 yang lalu warga IPM telah meluangkan masa bersarapan di Hotel King's, Ayer Keroh  bersama wakil PAKSI, Dinsman dan ketua Ziarah karyawan, Yassin Salleh bagi berkobolarasi dalam Kongres Budaya yang bakal berlangsung di Kuala Kangsar, Perak pada 21-23 Jun 2019.

Pada pertemuan pagi itu, ahli-ahli IPM bersama Dinsman dan Yassin Salleh berdiskusi dan berbincang malah bersoal jawab mengenai program tersebut agar lebih jelas dan terancang bagi IPM. Kongres yang bakal menghimpun penulis di seluruh Malaysia mahu mengangkat Budaya Melayu. Ada yang berminat? Jom sertai kami di Kongres Budaya!

























Friday, February 15, 2019

Borak Kopi Sastera bersama Hj Aladin Mohamad









Pada 9 Februari 2019 telah berlangsung Bicara Kopi sastera bersama Hj Aladin Mohamad, penyair terkenal negeri  Melaka di Homestay pak Ngah, Pulau Melaka, Melaka.
            Hj Aladin telah berkongsi segala pengalaman dan tips sepanjang bergelar penyair dan telah menghasilkan beratus-ratus puisi dan menerbitkan Kumpulan Puisi dan antologi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan ITBM serta tersiar di akhbar perdana Malaysia seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan banyak lagi serta majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
            Beliau merupakan anak kelahiran Ayer Molek Melaka memulakan penulisan pada tahun 1968 seangkatan dengan penyair Allahyarhamah Zaihasrah ketika itu. Kumpulan puisi nya bertajuk Pada Bumi Permata diterbitkan oleh DBP pada tahun 2009 manakala tahun 2015, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah menerbitkan kumpulan puisi karya beliau bersama dua saudara kandungnya, Kita Orang Tiga Beradik 
                Beliau menulis apa-apa sahaja karya tanpa memilih sebarang tema tertentu. Dan  beliau tidak memilih waktu atau ruang yang tertentu. Apabila berasa hendak menulis dan mendapat idea, Aladin akan terus sahaja menulis sehingga selesai.
               Kesimpulannya Hj Aladin seorang penyair yang menulis puisi secara gambaran dan berimej dan ada puisi beliau ringkas tetapi memiliki maksud yang tersurat juga tersirat.

Friday, February 1, 2019

Gema Puisi Tahun Baru

Pada 05 Januari, Sabtu bertempat di Laman Muzium sastera berlangsung program pertama untuk 2019 dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) iaitu Gema Puisi Tahun baru. Terima kasih kepada Pengurus Besar PERZIM iaitu Puan Fadhila Salim dan Kurator, Puan Azimkah Ali di atas kesudian membenarkan lokasi tersebut digunakan untuk program kali ini serta peralatan dan juga utiliti yang terbaik.Anatara tujuan IPM mahu mengadakan program di Laman Muzium sastera adalah salah satu langkah memperkenalkan Muzium sastera yang banyak menyimpan khazanah beharga terutama karya-karya penulis hebat dari Negeri Melaka seperti sasterawan negara, Datuk A samad Said dan ramai lagi

Gema Puisi tahun Baru juga bukan sahaja menyediakan sijil penyertaan kepada peserta yang membacakan puisi-puisi tetapi majlis kali ini menghargai kesungguhan penulis-penulis IPM sepanjang tahun 2018 menghasilkan karya sepanjang tahun 2018 seperti Ida Hidayah, Maria Kajiwa, Jay Adams, Fyda Adim, Ismail Hashim, Tn HJ Aladin, Abang Saifudin, Tn  Hj Mahad, Amni Jagat, Tn Hj Shaharudin dan ramai lagi.

Pengacaranya, Mohd Rafizi telah mewarnai program tersebut walaupun disimbahi cahaya panas terik tetapi program yang di hadiri oleh penyair terkemuka Melaka seperti Tn Hj Rani Embi selaku ketua 2 IPM yang juga Tokoh Nazam Melaka dan Puan Norliza Md Yamin bersama anak-anak didiknya turut memeriahkan program tersebut. Program ini turut dihadiri oleh dua pelajar India yang mengambil peluang mempersembahkan bakat dengan genre puisi seperti sajak dan pantun. Tidak lupa juga kepada Cikgu Raisah Ibrahim yang membawa  pelajar-pelajarnya dari SMK Tanjung untuk menyemarakkan lagi gema Puisi Tahun Baru.

Terima kasih juga kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian bagi menyemarakkan program ini serta barisan Urusetia yang banyak membantu tanpa lelah.