Friday, February 1, 2019

Gema Puisi Tahun Baru

Pada 05 Januari, Sabtu bertempat di Laman Muzium sastera berlangsung program pertama untuk 2019 dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) iaitu Gema Puisi Tahun baru. Terima kasih kepada Pengurus Besar PERZIM iaitu Puan Fadhila Salim dan Kurator, Puan Azimkah Ali di atas kesudian membenarkan lokasi tersebut digunakan untuk program kali ini serta peralatan dan juga utiliti yang terbaik.Anatara tujuan IPM mahu mengadakan program di Laman Muzium sastera adalah salah satu langkah memperkenalkan Muzium sastera yang banyak menyimpan khazanah beharga terutama karya-karya penulis hebat dari Negeri Melaka seperti sasterawan negara, Datuk A samad Said dan ramai lagi

Gema Puisi tahun Baru juga bukan sahaja menyediakan sijil penyertaan kepada peserta yang membacakan puisi-puisi tetapi majlis kali ini menghargai kesungguhan penulis-penulis IPM sepanjang tahun 2018 menghasilkan karya sepanjang tahun 2018 seperti Ida Hidayah, Maria Kajiwa, Jay Adams, Fyda Adim, Ismail Hashim, Tn HJ Aladin, Abang Saifudin, Tn  Hj Mahad, Amni Jagat, Tn Hj Shaharudin dan ramai lagi.

Pengacaranya, Mohd Rafizi telah mewarnai program tersebut walaupun disimbahi cahaya panas terik tetapi program yang di hadiri oleh penyair terkemuka Melaka seperti Tn Hj Rani Embi selaku ketua 2 IPM yang juga Tokoh Nazam Melaka dan Puan Norliza Md Yamin bersama anak-anak didiknya turut memeriahkan program tersebut. Program ini turut dihadiri oleh dua pelajar India yang mengambil peluang mempersembahkan bakat dengan genre puisi seperti sajak dan pantun. Tidak lupa juga kepada Cikgu Raisah Ibrahim yang membawa  pelajar-pelajarnya dari SMK Tanjung untuk menyemarakkan lagi gema Puisi Tahun Baru.

Terima kasih juga kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian bagi menyemarakkan program ini serta barisan Urusetia yang banyak membantu tanpa lelah.


































No comments:

Post a Comment