Saturday, July 14, 2018

Mesyuarat 1 IPM Sesi 2018/20














pada 13 Julai 2018 telah berlangsung mesyuarat kali pertama bagi sesi 2018/20 bagi membincangkan beberapa aktiviti  bermula pada tahun ini sehingga tahun 2019. beberapa program bakal dijalankan seperti Wacana Tokoh IPM, Bicara Buku, lawatan dan sebagainya.

Mesyaurat ini berlangsung di Bilik Perbincangan Perpustakaan Awam melaka, Tingkat 6, UTC Melaka.

Wednesday, July 11, 2018

Isu UEC

Isu UEC yang hangat diperkatakan memang menjadi sebutan rakyat Malaysia namun berikit adalah sebahagian pendapat mereka yang bergiat dalam dunia sastera dan pendidikan

Friday, July 6, 2018

Mesyuarat Ketua-Ketua 1 badan gabungan GAPENA






Ketua 1 IPM , Tn  Hj Abd Razak Adam melontarkan pandangan mengenai UEC

Mesyuarat ketua-ketua 1 badan gabungan GAPENA semalam. Ketua 1 IPM, Tn Abd Razak Adam menyampikan hasrat dan cara yang akan digunakan oleh IPM dalam menangani isu UEC kepada Ketua Menteri Melaka.

Sunday, July 1, 2018

Sambutan Hari Raya, Forum Tekad Budaya dan Mesyuarat Agung IPM ke 61

Pada 1 Julai  2018, pada hari Ahad telah berlangsung 3 acara pada tarikh, hari dan tempat yang sama iaitu Sambutan Hari Raya, Forum Tekad Budaya Deklarasi Kuala Kangsar dan  Mesyuarat Agung IPM ke 61.

Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Tn HJ Adly Zahari

Tokoh Penggerak Budaya Melaka, Tn Hj Rani Embi menjadi tumpuan bila mengalunkan puisi-puisi tradisional seperti Nazam

YAB Tn Hj Adly Zahari merasmikan Majlis Forum Tekad Budaya Deklarasi Kuala Kangsar, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mesyuarat Agung UPM ke 61 

KM Melaka melawat  dan bersama ahli-ahli IPM di pameran karya penulis IPM
KM Melaka bersama ketua 1 GAPENA, Datuk Hj Zainal Abidin Borhan dan Ahli-ahli IPM yang hadir




Ketua 1 GAPENA Datuk Hj Zainal Abidin Borhan menyampaikan ucapan







Ketua 1 IPM, Tn Hj Abd Razak Adam menyampaikan ucapan











 Forum Tekad Budaya Deklarasi Kuala Kangsar. Wacana ini menampilkan Shamsudin Osman atau lebih di kenali sebagai Pak Din sebagai panel, Tn Hj Razak Adam, Ketua 1 IPM dan Pensyarah UPSI yang tidak asing lagi iaitu Dr Salman Alfarisi. Moderator pula Saudara Mohammed Nasser. Wacana ini menghimpunkan kesedaran kepada golongan penulis mengenai budaya fungsi dan sastera seharusnya bergerak seiringan dan sama rata. Deklarasi ini merupakan titik tolak perjuangan penulis dan budayawan yang dilancarkan di Kuala Kangsar. objektinya juga memupuk semangat patriotisme di kalangan penulis terutamanya penulis muda. selain itu memperkukuhkan jati nilai diri yang kukuh dalam sastera seterusnya menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan penulis berwawasan.


Ketua 1 IPM menyampaikan Cenderahati kepada Pak Dinsman
Ketua 1 menyampaikan cenderahati kepada moderator berdedikasi
Ketua 1 menyampaikan cenderahati kepada Dr Salman Alfarisi



Acara yang terakhir pula Mesyuarat Agung IPM kali ke 61 bagi pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2018/20. pemilihan kali ini juga menampilkan muka-muka baru bagi meneruskan perjuangan sastera Ikatan Persuratan Melayu
Senarai Jawatankuasa IPM 2018/20

Ketua 1 : Hj Abd. Razak Adam
Ketua 2 : Hj Rani Embi
Setiausaha 1 : Norhidayah Mohd Rasid
Setiausaha 2 : Sharifah Aisiah Syed Mahazar
Bendahari : Hj Othman Md. Drus

AJK :
1. Sufrie Abu Bakar
2. Idham Khalil Ibrahim
3. Tn Hj Shaharudin
4. Encik Rafizi
5. Noor Hasnah
6. Zubaidah Ishak
7. Norlindah
8. Hj Hussin Embi


Pemeriksa kira-kira:

1) Dr Haron Kidam

2) Tn Hj Aladin