Sunday, June 30, 2019

Bengkel Penulisan, baca dan Puisi Pentas, Mesyuarat Agung IPM kali ke-62 dan majlis Hari Raya Aidilfitri

Pada 29 Jun telah berlangsung 3 program dalam 1 majlis yang diadakan di SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka

Program Bengkel Penulisan, baca dan Puisi pentas oleh Perkumpulan Rumah Seni Asnur pimpinan Asnur merupakan kerjasama dengan Ikatan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dan SMK Hang Kasturi

pelajar-pelajar SMK hang kasturi didedahkan penulisan, cara pembacaan dan cagaiaman mengusai pentas ketika membaca puisi. pelajar juga dipersembahkan dengan persembahan dari penyair Indonesia. Bengkel ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai JKKN KL yang juga penyair dari Malaysia iaitu Djazlam Zainal











Selain itu Mesyuarat Agung IPM kali ke-62 turut berlangsung di bilik Gerakan, SMK Hang Kasturi. Tamat dua program tersebut, majlis hari Raya Aidilfitri diraikan bersama ahli Ikatan Persuratan Melayu, Perkumpulan Rumah Seni Asnur bersama guru dan pelajar-pelajar SMK Hang Kasturi.