Sunday, December 9, 2012

Seminar Sastera Siber





MELAKA – Seminar Sastera Siber merupakan seminar sempena Bulan Bahasa kebangsaan 2012 negeri Melaka. Seminar anjuran bersama Ikatan Persuratan Melayu (IPM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) telah berlangsung pada hari sabtu, 8 Disember 2012 bertempat di Bilik Seminar PBPI. Seminar ini dihadiri oleh ahli – ahli IPM, PENAMA dan juga mahasiswa dan mahasiswi UTEM.
                Obejektif program ini adalah membina dan memupuk pemikiran sastera di kampus sebagai pelengkap pemikiran intelektual dalam kalangan pelajar dan mengiktiraf peranan bahasa dan sastera dalam membangunkan tamadun bangsa serta membina budaya ilmu melalui kegiatan bahasa dan sastera.
                Seminar ini juga merasmikan dan melancarkan  Antologi Impian & Harapan terbitan IPM. Cerpen dan sajak yang terkandung dalam antologi tersebut adalah hasil karya pemenang utama dan sagu hati  sayembara Cerpen dan Sajak 2011 anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan DBP Wilayah Selatan.
                Ahli panel Seminar  ini terdiri daripada Tuan Haji Razali Endun yang merupakan ketua satu IPM mengulas kesalahan lazim  pleh Penulis dalam penulisan cerpen.  Kemudian Encik Uthaya Sankar, Presiden Kumpulan Sasterawan kavyan memberikan tip menulis cerpen untuk memenangi peraduan. Seterusnya, Prof Madya Dr. Abd Halim bin Ali dari UPSI menjelaskan peranan Sajak sebagai medium sastera.

                Manakala Prof Ir. Dr wan Abu Bakar atau dikenali sebagai Irwan Abu bakar menerangkan bagaimana untuk menghasilkan dan memperluaskan karya Sastera dalam medium Internet. Panel terakhir pula, Prof Madya Dr. Victor Pogadev menjelaskan dunia sastera di Rusia.

Saturday, July 7, 2012

Bengkel Bersama Editor Media









Salam
Pada 7 Julai 2012 saya berksempatan hadir ke Dialog Bersama Editor Media yang terdiri daripada Editor Dewan sastera, Editor kanan dan Mantan Setiausaha Urusetia hadiah sastera Kumpulan Utusan
Editor Sastera adalah Encik Fadli, Muhammad Fadhli Al Akiti yang meminta penulis – penulis yang mahu menghantars ebarang karya ke Dewan sastera harus:
1.       Tidak menyentuh perkar a – perkara sensitive
2.       Bahasa  yang baik
3.       Pembaharuan seperti teknik – teknik baru
4.       Falsafah
5.       Ejaan dan tatabahasa
6.       Bibliografi
Selain itu karya – karya  penulis juga harus baru, segar, kritis, kronologi  dan mencabar. Panduan format kiriman / Makalah
Cerpen 8-20 halaman
Puisi       1 halaman (jika boleh)
Drama   10-15 halaman (jika boleh)
Kartun sketsa 5 x 5” (Jika Boleh)
Sila lampirkan sekali nama sebenar selain nama pena, No kad pengenalan, no akuan bank dan alamat surat menyurat beserta dengan poskod.
Setiap karya boleh dialamatkan ke Editor Dewan Sastera, bahagian Majalah, Dewan bahasa dan Pustaka, peti surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.
fadlidewansastera@gmail.com

Puan Fauzilahyatun pula selaku Editor kanan memberitahu tiada sebarang kronisme . DBP mengeluarkan sebanyak 10 majalah. Karya yang lambat tersiar juga tidak semestinya tidak bagus sebaliknya banyak  karya – karya diterima dan harus diteliti dn disemak. Jika tiada sebarang khabar berita dalam tempoh 6 bulan, penulis boleh menghubungi Editor.  Dalam tempoh 3 bulan juga sudah boleh bertanya pada editor.

Puan Norazah Azizi mantan Editor  Utusan Publication memberitahu penulis yang menulis  harus menyampaikan kebenaran dan tidak menciplak karya orang lain. setiap karya yang tersiar di dalam majalah – majalah terbitan Utusan seperti Wanita, Harmoni, Al Islam dan sebagainya dari akan dinilai dan akan disenarai pendek. Karya yang dipertandingkan dari majalah ialah cerpen Umum, Cerpen remaja, puisi, kajian kecuali novel. Untuk setiap penulis setiap karya yang dinilai oleh pengadil tidak disertakan nama  penulis. Tema setiap semua karya adalah bebas.