Saturday, February 21, 2015

Penyajak Jalanan





























Pada hari Sabtu pada 21 Februari telah berlangsung aktiviti pertama IPM bagi tahun 2015 di mana satu aktiviti Baca Sajak Jalanan telah di adakan secara santai di hadapan Muzium UMNO, Banda Hilir Melaka

Aktiviti ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan sajak terhadap masyarakat luar selain itu mengajak masyarakat luar membaca sajak melalui buku terbitan IPM iaitu Ombak dan pantai dan Impian dan Harapan.

Acara yang bermula pada jam 3 petang ini berakhir pada jam lima petang juga telah menampilkan Novelis Siti Rozilah, wakil PENAMA iaitu Pak Rahim yang turut bernazam. Selain itu pendedahan sebegini turut menarik perhatian dua kanak-kanak membaca sajak. Beberapa orang pelajar dari Kolej Profesional Mara dan UPM turut menyumbangkan suara selain daripada ahli-ahli IPM sendiri.