Saturday, October 18, 2014

Bicara Buku Naratif Ogoshoto dan Suara Tengah Malam
















Melaka – Pada 18 Oktober 2014 bertempat di Sena Bayu, Sungai Baru, Melakatelah berlangsung Bicara Buku Naratif Ogoshoto dan Suara Tengah Malam yang dianjurkan oleh Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bicara Buku ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli IPM tetapi turut dimeriahkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Hang Kasturi, Melaka.
            Bicara Buku ini dikendalikan oleh Ketua 1 IPM, Tuan Haji Razak Adam turut dihadiri oleh novelis terkenal iaitu Maria Kajiwa. Bicara buku ini berlangsung selama 3 jam ini membicarakan sebuah buku karya sasterawan Negara ke 10 iaitu Dato’ Dr Anwar Ridhuan iaitu Naratif Ogoshoto. Selain itu sebuah buku genre misteri tulisan Maria Kajiwa terbitan Prima turut mendapat perhatian pada hadirin. Ini kerana bukan semua penulis berkemampuan menghasilkan karya bergenre misteri.
            Naratif Ogoshoto ialah sebuah karya novel yang menghimpunkan 12 buah cerpen  yang mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik. Yang diterbitkan pada tahun 2001.   Nama Ogonshoto, ihsan seorang kenalan Dr. Anwar di Jepun, dipetik dari bahasa Jepun iaitu ōgon shotō yang bermaksud "kepulauan emas." Naratif Ogonshoto’ ini sebuah buku yang berkonsepkan Novel-cerpen’ iaitu ia boleh wujud dalam bentuk dua keadaan.Apabila dibaca secara keseluruhan, ia merupakan sebuah novel, walaubagaimanapun, jika dibaca secara berasingan, ia boleh wujud sebagai cerpen. Oleh yang demikian, salah sebuah cerpen dalam buku ini iaitu ‘hering’ telah disiarkan di Majalah Dewan Sastera bulan Ogos 2000.
            Maria Kajiwa adalah penulis prolific yang boleh menghasilakn novel, cerpen dan juga sajak dengan baik. Namun begitu beliau lebih dikenali sebagai Novelis genre misteri. Kebnaykkan novel-novel beliau bertemakan sedemikian tetapi elemen cinta dan kekeluarga dimuatkan dalam setiap hasil karya beliau. Suara Tengah Malam menampilkan jalan cerita yang emnarik. Gaya bahasa santai begitu juga plotnya tersuusn. Namun dalam karya ini terdapat teknik imbas kembali bagi memudahkan pembaca memehami jalan cerita yang seterusnya.

            Setiap karya dikritik secara santai dan kritis sambil melontarkan pandangan dan pendapat sesebuah cerpen oleh ahli. Setiap cerpen juga dibicarakan dari segi tema, plot, watak perwatakan dan pengajaran dari dua buku tersebut. Bicara Buku ini dapat dinilai oleh setiap ahli akan setiap kelebihan dan kelemahan oleh penulis tersebut dan boleh dijadikan panduan pada masa akan datang. Selesai bicara karya buku, para pelajar bertanyakan pelbagai soalan mengenai teknik menghasilkan novel, bagaimana untuk menghantar manuskrip dan sebagainya. Kemudian sesi membaca sajak bertemakan laut dan pantai turut disertai oleh pelajar-pelajar tersebut. Dengan cara ini para pelajar dapat menakluki dunia satera dengan mendekatkan diri dengan pelbagai aktiviti sastera yang dijalankan. Pendedahan sebegini mampu memupuk perasaan jatuh cinta terhadap bidang sastera

Saturday, October 11, 2014

Bengkel Penghayatan Puisi


























Pada 11 Oktober 2014- Sabtu pada jam 11 pagi  telah berlangsung satu program usahasama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan SK Bandar Temerloh iaitu Program Penghayatan Puisi di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
            Program Penghayatan Puisi ini dikendalikan oleh Penyair Melaka yang juga ahli IPM iaitu Tn Hj Rani Embi  yang sangat mahir dengan puisi-puisi tradisional Melayu.
            Murid-murid seramai 80 orang diiringi 5 orang guru kelihatan tekun dan terhibur dengan ilmu yang disampaikan oleh Tn Hj Rani yang turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar pengadil dan penyair.
            Murid-murid juga diajar bagaimana untuk bersyair, bergurindam dan bernazam. Program yang berlangsung satu jam didedahkan dengan pelbagai sejarah dan tokoh-tokoh yang bergelumang dengan puisi Melayu tradisional.
            Murid-murid SK Bandar Temerloh juga didedahkan dengan nama-nama penulis kelahiran Melaka seperti Datuk A. Samad Said, Dr Faisal Tehrani,  Zaen Kasturi, Prof Madya Arbak Othman, Norhayati Berahim, Lily Haslina Nasir dan sebagainya. Tn Hj Rani Embi turut menyebut beberapa nama penulis dan penyair Pahang yang tersohor seperti seperti Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Marsli N.O, Ibrahim Omar, Abu Hassan Sham, Arisel BA, Yazidris, Nazri Sham, Daeng Ramliakil, Ami Masra, Aripin Said dan ramai lagi sebagai sumber inspirasi murid-murid yang berminat dalam bidang penulisan puisi.
                Tn Hj Rani Embi juga menyentuh puisi moden iaitu sajak. Beliau menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan karya yang baik malahan menerangkan bagaimana untuk membaca sajak dengan gaya dan stail yang lebih baik agar tidak ketinggalan zaman.
           




Saturday, September 27, 2014

Bicara Buku Penulis Melaka








































Pada 27  September 2014- Sabtu pada jam 8 pagi  telah berlangsung satu program usahama Ikatan persuratan Melayu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan iaitu Bicara Karya Penulis Melaka di SK Kg Tun Razak, Melaka
            Bicara karya Penulis Melaka telah membicarakan 3 genre iaitu Kumpulan Puisi, kumpulan cerpen dan novel yang berlangsung hampir 5 jam yang disertai oleh ahli-ahli IPM, peserta perseorangan dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Program ini juga turut dihadiri pengarah DBPWS, Tn Hj Abd Rahim Omar. Moderator yang mengendalikan bicara ini ialah Tn Hj Rani, penyair Melaka yang tidak asing lagi memeriahkan suasana dengan syair, gurindam dan nazam  sebagai pembuka bicara.
            Kumpulan Puisi Murni: Antologi Sajak dan sebuah pantomin yang dikarang oleh Tn Hj Mokhtar diterbitkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia (IKSEP) yang menghimpunkan kesemua karya-karya beliau dari tahun 1950-an hingga tahun 2000. Beliau yang juga Sasterawan Melaka dan mantan  Ketua 1 IPM turut hadir bersama isteri beliau. Karya beliau ini dbicarakan oleh sahabat beliau sendiri yang juga AJK IPM iaitu Prof Madya Arbak Othman. Kumpulan Puisi ini diulas dari segi pemikiran dan tuangan estetik dalam kumpulan puisi oleh Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Puisi yang disusun secara kronologi dalam tempoh enam periode dalam perkembangan puisi Melayu menemui sedikit perubahan dari segi struktur mengikut perkembangan semasa.
            Bagi Kumpulan Puisi Mimpi Hartawan karya osman Dol pula dibicarakan oleh SM Zakir penerima S.E.A Write Award pada tahun 2011. Beliau membicarakan karya yang diterbitkan oleh  DBP pada tahun 2011  yang menghimpunkan 17 buah cerpen dari tahun 1968 hingga 1989. Cerpen yang didudun mengikut kronologi menyerlahkan bakat osman Dol sebagai penulis aliran realisme
            Bagi novel Tiga Enigma Cinta karya Zamidah Hashim diulas oleh penulis prolific iaitu Puan Nisah Haron. Novel berdimensikan feminisme dibicarakan dengan mantap oleh Puan Nisah Haron dengan membincangkan peranan-peranan wanita dalam novel tersebut. yang mengisahkan 3 sahabat baik yang berbeza latar belakang. Setiap watak dalam novel ini mengalami masalah rumah tanggadan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga dengan menggunakan bomoh. Salah seorang sahabat redha dengan perkahwinan yang gagal dan seorang lagi tidak percaya yang dia diceraikan dengan si suami sedangkan rumahtangganya tidak bergolak.

            Bicara Karya Penulis Melaka turut diberi pendapat oleh Penulis karya tersebut dan sesi soal jawab antara peserta dengan pembicara karya juga berlangsung dengan baik. Pembicara juga meminta peserta terutama pelajar-pelajar sekolah menengah yang hadir menulis bahasa Melayu dengan baik tanpa merosakannya dengan singkatan  ataupun memendekkan yang boleh membawa makna yang lain.