Saturday, October 11, 2014

Bengkel Penghayatan Puisi


























Pada 11 Oktober 2014- Sabtu pada jam 11 pagi  telah berlangsung satu program usahasama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan SK Bandar Temerloh iaitu Program Penghayatan Puisi di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
            Program Penghayatan Puisi ini dikendalikan oleh Penyair Melaka yang juga ahli IPM iaitu Tn Hj Rani Embi  yang sangat mahir dengan puisi-puisi tradisional Melayu.
            Murid-murid seramai 80 orang diiringi 5 orang guru kelihatan tekun dan terhibur dengan ilmu yang disampaikan oleh Tn Hj Rani yang turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar pengadil dan penyair.
            Murid-murid juga diajar bagaimana untuk bersyair, bergurindam dan bernazam. Program yang berlangsung satu jam didedahkan dengan pelbagai sejarah dan tokoh-tokoh yang bergelumang dengan puisi Melayu tradisional.
            Murid-murid SK Bandar Temerloh juga didedahkan dengan nama-nama penulis kelahiran Melaka seperti Datuk A. Samad Said, Dr Faisal Tehrani,  Zaen Kasturi, Prof Madya Arbak Othman, Norhayati Berahim, Lily Haslina Nasir dan sebagainya. Tn Hj Rani Embi turut menyebut beberapa nama penulis dan penyair Pahang yang tersohor seperti seperti Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Marsli N.O, Ibrahim Omar, Abu Hassan Sham, Arisel BA, Yazidris, Nazri Sham, Daeng Ramliakil, Ami Masra, Aripin Said dan ramai lagi sebagai sumber inspirasi murid-murid yang berminat dalam bidang penulisan puisi.
                Tn Hj Rani Embi juga menyentuh puisi moden iaitu sajak. Beliau menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan karya yang baik malahan menerangkan bagaimana untuk membaca sajak dengan gaya dan stail yang lebih baik agar tidak ketinggalan zaman.
           




No comments:

Post a Comment