Pada 27
September 2014- Sabtu pada jam 8 pagi
telah berlangsung satu program usahama Ikatan persuratan Melayu dengan
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan iaitu Bicara Karya Penulis Melaka di
SK Kg Tun Razak, Melaka
Bicara
karya Penulis Melaka telah membicarakan 3 genre iaitu Kumpulan Puisi, kumpulan
cerpen dan novel yang berlangsung hampir 5 jam yang disertai oleh ahli-ahli
IPM, peserta perseorangan dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Program ini
juga turut dihadiri pengarah DBPWS, Tn Hj Abd Rahim Omar. Moderator yang
mengendalikan bicara ini ialah Tn Hj Rani, penyair Melaka yang tidak asing lagi
memeriahkan suasana dengan syair, gurindam dan nazam sebagai pembuka bicara.
Kumpulan
Puisi Murni: Antologi Sajak dan sebuah pantomin yang dikarang oleh Tn Hj
Mokhtar diterbitkan oleh Institut Kajian Sejarah
dan Patriotik Malaysia (IKSEP) yang menghimpunkan kesemua karya-karya
beliau dari tahun 1950-an hingga tahun 2000. Beliau yang juga Sasterawan Melaka
dan mantan Ketua 1 IPM turut hadir
bersama isteri beliau. Karya beliau ini dbicarakan oleh sahabat beliau sendiri
yang juga AJK IPM iaitu Prof Madya Arbak Othman. Kumpulan Puisi ini diulas dari
segi pemikiran dan tuangan estetik dalam kumpulan puisi oleh Pensyarah
Universiti Putra Malaysia (UPM). Puisi yang disusun secara kronologi dalam
tempoh enam periode dalam perkembangan puisi Melayu menemui sedikit perubahan
dari segi struktur mengikut perkembangan semasa.
Bagi
Kumpulan Puisi Mimpi Hartawan karya osman Dol pula dibicarakan oleh SM Zakir penerima
S.E.A Write Award pada tahun 2011. Beliau membicarakan
karya yang diterbitkan oleh DBP pada
tahun 2011 yang menghimpunkan 17 buah
cerpen dari tahun 1968 hingga 1989. Cerpen yang didudun mengikut kronologi
menyerlahkan bakat osman Dol sebagai penulis aliran realisme
Bagi novel Tiga Enigma Cinta karya Zamidah Hashim diulas oleh
penulis prolific iaitu Puan Nisah Haron. Novel berdimensikan feminisme
dibicarakan dengan mantap oleh Puan Nisah Haron dengan membincangkan
peranan-peranan wanita dalam novel tersebut. yang mengisahkan 3 sahabat baik
yang berbeza latar belakang. Setiap watak dalam novel ini mengalami masalah
rumah tanggadan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangga dengan menggunakan
bomoh. Salah seorang sahabat redha dengan perkahwinan yang gagal dan seorang
lagi tidak percaya yang dia diceraikan dengan si suami sedangkan rumahtangganya
tidak bergolak.
Bicara Karya Penulis Melaka turut diberi pendapat oleh
Penulis karya tersebut dan sesi soal jawab antara peserta dengan pembicara
karya juga berlangsung dengan baik. Pembicara juga meminta peserta terutama
pelajar-pelajar sekolah menengah yang hadir menulis bahasa Melayu dengan baik
tanpa merosakannya dengan singkatan
ataupun memendekkan yang boleh membawa makna yang lain.
No comments:
Post a Comment