Wednesday, November 30, 2016

Hari Keluarga IPM Pertama Kali

Pada 30 November hinga 2 Disember 2016 telah berlangsung sambutan hari Keluarga yang diadakan buat julung-julung kali pertama di Homestay Sungai Rambai. sambutan ini dirasmikan oleh Ketua 1, Tn Hj Abd Razak Adam.

Antara intipati yang dijalankan dalam sambutan Hari Keluarga ini seperti mencanting, membaca sajak, bermainan permainan tradisional, teka tekai, melihat cara padi di tanam, makan malam  dan sebagainya.

























Saturday, November 5, 2016

Pelancaran Novel ahli-Ahli IPM terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka




Sembang Santai Buku Bersama Maria Kajiwa

Pada 5 November 2016 bertempat di Border's Tea Semabok, Melaka berlangung satu program kecil anjuran Ikatan Persuratan Melayu iaitu Sembang Santai Buku bersama Maria Kajiwa. Pertemuan ini sangat bermakna bagi penulis-penulis kecil IPM terutama yang mahu menjinak-jinak dalam bidang penulisan.

Pertemuan lewat pagi membenihkan kemesraan dan kehangatan kami berkongsi perihal kisah-kisah penulisan. Maria Kajiwa satu nama yang tidak asing dalam arena penulisan. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1984. 

Setiap buku yang ditulis oleh Maria Kajiwa diceritakan setiap pengalaman menulis. Kisah Lengloi, Puja, Suara Tengah Malam, Gumanthong, Kisah Latifah, Datang pada Waktu dan sebagainya. Beliau turut berkongsi bagaimana menghasilkan karya yang baik. Selain itu  peranan penulis terhadap masyarakat serta bagaimana menghadapi kritikan  terhadap karya yang dihasilkan. 

Novelette Gumanthong adalah satu karya unik yang bersandarkan pada sejarah yang berlaku di Thailand. Ini yang banyak kami bincang dan bualkan. Bagi saya, maria Kajiwa adalah penulis yang sentiasa mencari kelainan terhadap karyanya.

Perkongsian pengalaman dari Maria Kajiwa amat bermakna bagi penulis-penulis IPM. 










Friday, November 4, 2016

Tahniah Ahli IPM

Assalamualaikum

Setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli IPM iaitu Puan Zamidah Hashim yang memenangi tempat kedua dan Puan Hanita Hassan bagi saguhati dalam pertandingan Menulis Novel Sejarah Johor.

Tahniah juga kepada dua Ahli IPM iaitu Cikgu Salleh Hashim dan Puan Salbiah Raduan.



Add caption