Saturday, November 5, 2016

Sembang Santai Buku Bersama Maria Kajiwa

Pada 5 November 2016 bertempat di Border's Tea Semabok, Melaka berlangung satu program kecil anjuran Ikatan Persuratan Melayu iaitu Sembang Santai Buku bersama Maria Kajiwa. Pertemuan ini sangat bermakna bagi penulis-penulis kecil IPM terutama yang mahu menjinak-jinak dalam bidang penulisan.

Pertemuan lewat pagi membenihkan kemesraan dan kehangatan kami berkongsi perihal kisah-kisah penulisan. Maria Kajiwa satu nama yang tidak asing dalam arena penulisan. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1984. 

Setiap buku yang ditulis oleh Maria Kajiwa diceritakan setiap pengalaman menulis. Kisah Lengloi, Puja, Suara Tengah Malam, Gumanthong, Kisah Latifah, Datang pada Waktu dan sebagainya. Beliau turut berkongsi bagaimana menghasilkan karya yang baik. Selain itu  peranan penulis terhadap masyarakat serta bagaimana menghadapi kritikan  terhadap karya yang dihasilkan. 

Novelette Gumanthong adalah satu karya unik yang bersandarkan pada sejarah yang berlaku di Thailand. Ini yang banyak kami bincang dan bualkan. Bagi saya, maria Kajiwa adalah penulis yang sentiasa mencari kelainan terhadap karyanya.

Perkongsian pengalaman dari Maria Kajiwa amat bermakna bagi penulis-penulis IPM. 










No comments:

Post a Comment