Monday, January 14, 2013

Bimbingan Menulis Cerpen dan Sajak



Umbai – Pada 13 Januari 2013 bertempat di Kpa Agro CafĂ© telah berlangsung kursus bimbingan menulis sajak dan cerpen anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bimbingan ini terbuka kepada ahli Ikatan Persuratan Melayu dan juga masyarakat luar. Peserta yang berminat telah diminta mengirimkan sajak dan cerpen untuk dinilai oleh ahli panel yang dilantik.
            Bimbingan sajak dikendalikan oleh pensyarah UPM iaitu Prof Madya Dr Arbak Othman dan  Penulis veteran, Tuan Haji Mokhtar Yassin. Bimbingan ini menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan sajak yang baik dan berkualiti. Di samping itu beberapa buah sajak yang dikirim oleh peserta dinilai dan dibincangkan.
            Manakala bahagian cerpen pula dijalankan oleh penulis terkenal iaitu, Tuan Haji Razali Endun menjelaskan ciri – ciri cerpen yang baik dan kesalahan – kesalahan yang biasa dilakukan oleh penulis. Setiap cerpen peserta dikupas dan dibimbing secara santai.

            Setiap karya peserta dikritik secara santai dan kritis agar para peserta tahu apa kesalahan – kesalahan yang dilakukan dalam menghasilkan karya. Malahan para peserta boleh bertanya lanjut dan mendalam tentang karya mereka sendiri.