Melaka – Pada 18
Oktober 2014 bertempat di Sena Bayu, Sungai Baru, Melakatelah berlangsung Bicara
Buku Naratif Ogoshoto dan Suara
Tengah Malam yang dianjurkan oleh Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bicara
Buku ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli IPM tetapi turut dimeriahkan oleh
pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Hang Kasturi, Melaka.
Bicara Buku ini dikendalikan oleh Ketua 1 IPM, Tuan Haji
Razak Adam turut dihadiri oleh novelis terkenal iaitu Maria Kajiwa. Bicara buku
ini berlangsung selama 3 jam ini membicarakan sebuah buku karya sasterawan
Negara ke 10 iaitu Dato’ Dr Anwar Ridhuan iaitu Naratif Ogoshoto. Selain itu
sebuah buku genre misteri tulisan Maria Kajiwa terbitan Prima turut mendapat
perhatian pada hadirin. Ini kerana bukan semua penulis berkemampuan
menghasilkan karya bergenre misteri.
Naratif Ogoshoto ialah
sebuah karya novel yang menghimpunkan 12 buah cerpen yang mengisahkan sebuah negara kepulauan yang menjadi
mangsa salah laku ekonomi dan politik. Yang diterbitkan pada tahun 2001. Nama Ogonshoto, ihsan seorang kenalan
Dr. Anwar di Jepun, dipetik dari bahasa
Jepun iaitu ōgon shotō yang
bermaksud "kepulauan emas." Naratif Ogonshoto’ ini sebuah buku yang berkonsepkan ‘Novel-cerpen’ iaitu ia boleh wujud dalam bentuk dua
keadaan.Apabila dibaca secara keseluruhan, ia merupakan sebuah novel,
walaubagaimanapun, jika dibaca secara berasingan, ia boleh wujud sebagai
cerpen. Oleh yang demikian, salah sebuah cerpen dalam buku ini iaitu ‘hering’ telah disiarkan di Majalah Dewan
Sastera bulan Ogos 2000.
Maria Kajiwa adalah penulis prolific yang boleh
menghasilakn novel, cerpen dan juga sajak dengan baik. Namun begitu beliau
lebih dikenali sebagai Novelis genre misteri. Kebnaykkan novel-novel beliau
bertemakan sedemikian tetapi elemen cinta dan kekeluarga dimuatkan dalam setiap
hasil karya beliau. Suara Tengah Malam menampilkan jalan cerita yang emnarik.
Gaya bahasa santai begitu juga plotnya tersuusn. Namun dalam karya ini terdapat
teknik imbas kembali bagi memudahkan pembaca memehami jalan cerita yang
seterusnya.
Setiap karya dikritik secara santai dan kritis sambil
melontarkan pandangan dan pendapat sesebuah cerpen oleh ahli. Setiap cerpen
juga dibicarakan dari segi tema, plot, watak perwatakan dan pengajaran dari dua
buku tersebut. Bicara Buku ini dapat dinilai oleh setiap ahli akan setiap
kelebihan dan kelemahan oleh penulis tersebut dan boleh dijadikan panduan pada
masa akan datang. Selesai bicara karya buku, para pelajar bertanyakan pelbagai
soalan mengenai teknik menghasilkan novel, bagaimana untuk menghantar manuskrip
dan sebagainya. Kemudian sesi membaca sajak bertemakan laut dan pantai turut
disertai oleh pelajar-pelajar tersebut. Dengan cara ini para pelajar dapat
menakluki dunia satera dengan mendekatkan diri dengan pelbagai aktiviti sastera
yang dijalankan. Pendedahan sebegini mampu memupuk perasaan jatuh cinta
terhadap bidang sastera
No comments:
Post a Comment