Pada 17 November 2018 telah berlangsung satu bengkel sebagai penutup tahun 2018 di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh Melaka yang bermula pada pukul 2,00 petang dan berakhir pada 5.00 petang. Tn Hj Othman b Md Drus selaku bendahari IPM berkongsi dan ilmu bagaimana untuk mengukuh dan menjalankan serta menggerakkan organisasi NGO seperti Ikatan Persuratan Melayu yang telah bertapak lebih 50 tahun.
Bekas Setiausaha 1, Tn Hj Husin b Embi turut hadir bagi memberi pandangan, ilmu dan sokonga serta ideauntuk memajukan IPM pada masa sekarang dan akan datang.
Tn Othman menerangkan setiap perlembagaan dalam IPM satu demi satu agar AJK dan ahli yang hadir dapat memahaminya dnegan mendalam lagi serta jelas untuk menggerakan kerja, aktiviti, tenaga serta program yang akan datang.
Selain itu Tuan Bendahari yang juga selaku penceramah juga menjelaskan konsep fail yang boleh dilakukan oleh Setiausaha bagi melancarkan urusan surat menyurat IPM
No comments:
Post a Comment