Friday, February 15, 2019

Borak Kopi Sastera bersama Hj Aladin Mohamad









Pada 9 Februari 2019 telah berlangsung Bicara Kopi sastera bersama Hj Aladin Mohamad, penyair terkenal negeri  Melaka di Homestay pak Ngah, Pulau Melaka, Melaka.
            Hj Aladin telah berkongsi segala pengalaman dan tips sepanjang bergelar penyair dan telah menghasilkan beratus-ratus puisi dan menerbitkan Kumpulan Puisi dan antologi bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan ITBM serta tersiar di akhbar perdana Malaysia seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan banyak lagi serta majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
            Beliau merupakan anak kelahiran Ayer Molek Melaka memulakan penulisan pada tahun 1968 seangkatan dengan penyair Allahyarhamah Zaihasrah ketika itu. Kumpulan puisi nya bertajuk Pada Bumi Permata diterbitkan oleh DBP pada tahun 2009 manakala tahun 2015, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah menerbitkan kumpulan puisi karya beliau bersama dua saudara kandungnya, Kita Orang Tiga Beradik 
                Beliau menulis apa-apa sahaja karya tanpa memilih sebarang tema tertentu. Dan  beliau tidak memilih waktu atau ruang yang tertentu. Apabila berasa hendak menulis dan mendapat idea, Aladin akan terus sahaja menulis sehingga selesai.
               Kesimpulannya Hj Aladin seorang penyair yang menulis puisi secara gambaran dan berimej dan ada puisi beliau ringkas tetapi memiliki maksud yang tersurat juga tersirat.

No comments:

Post a Comment