Melaka – Pada 25 Mei 2013 telah berlangsung Bengkel
Penghayatan Sajak anjuran Ikatan Persuratan
Melayu yang diadakan di Hotel Hang Tuah City. Bengkel ini dikendalikan
oleh seorang Penyajak dari Johor Bharu iaitu Amni Jagat selama satu hari.
Antara
Objektif bengkel ini dijalankan adalah
untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan kukuh kepada peserta program dengan sebarang maklumat
yang diperolehi yang lebih berfokuskan kepada penulisan sajak, memupuk dan menyemai perasaan kecintaan terhadap bidang
penulisan sajak dan berusaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dalam
bidang ini, para peserta dapat mendalami aspek penulisan sajak serta
memupuk minat untuk menghasilkan sajak mengikut genre tertentu, memahami teknik penulisan
sajak yang betul dan tepat, menambahkan pengetahuan di samping
memperoleh pengalaman baharu dalam sajak, melahirkan generasi yang berilmu dan
berketerampilan melalui program dan sesi latihan yang dirancangkan sepanjang program
diadakan, menghargai dan menghayati sumbangan penulisan karya sastera dalam
membina tamadun bangsa dan menghasilkan antologi sajak yang berkualiti dan mencapai kualiti isi kandungan yang
sewajarnya
Amni
Jagat yang juga seorang Penulis berkongsi tips, pengalaman, ilmu dan buah
fikiran bagaimana untuk menjadi seorang Penyajak yang baik. Saudara Amni Jagat membicarakan
tentang Mengenal Diri & Seni dalam
sajak, Cabang Seni Puisi, Kembara Puisi dan Fungsi Karya
Pada Alam
No comments:
Post a Comment