Melaka – Pada 30 Jun
2013 bertempat di Hotel Hang Tuah City telah berlangsung Bicara Buku Antologi
Cerpen Impian dan Harapan yang dianjurkan oleh Ikatan Persuratan Melayu (IPM).
Antologi ini sebenarnya memuatkan karya – karya Sayembara Menulis cerpen dan
sajak negeri Melaka pada tahun 2011 anjuran IPM bersama dengan DBP Wilayah Selatan.
Antologi ini memuatkan 10 buah cerpen dan 13 buah sajak yang dihasilkan oleh
penulis – penulis kelahiran negeri Melaka
Bicara Buku ini dikendalikan oleh Setiausaha 1, Tuan Haji
Husin bin Embi dan dihadiri Sembilan orang ahli Ikatan Persuratan Melayu seperi
penulis terkenal Hanita Hassan dan Abd Razak Adam. Bicara Buku yang berlangsung
selama 3 jam ini membicarakan 3 cerpen utama yang dimenangi iaitu Jangan Ambil
Tahu karya Abd Jalil Alimon memenangi tempat pertama, kedua pula Takdir Di
Hening Takbir karya Alina Idris dan tempat ketiga Ayun ditulis oleh penulis
remaja, Nur Natashah Mohamad sain
Setiap karya dikritik secara santai dan kritis sambil
melontarkan pandangan dan pendapat sesebuah cerpen oleh ahli. Setiap cerpen
juga dibicarakan dari segi tema, plot, watak perwatakan dan pengajaran dari
cerpen – cerpen tersebut. Bicara Buku ini dapat dinilai oleh setiap ahli akan
setiap kelebihan dan kelemahan oleh penulis tersebut dan boleh dijadikan
panduan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment