Umbai – Pada 6 hingga 8
September 2013 bertempat di KPA Agro Café telah berlangsung kursus Bnegkel
Penulisan Cerpen dan Novel anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Bengkel ini
dihadiri ahli Ikatan Persuratan Melayu orang perseorangan dan beberapa pelajar
Politeknik Merlimau. Peserta telah diminta mengirimkan cerpen untuk dinilai
oleh ahli panel yang dilantik.
Bimbingan cerpen dikendalikan oleh Penulis SM Zakir menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan cerpen yang baik dan berkualiti. Beliau
juga menjelaskan bahawa Penulis yang membentuk masyarakat bukannya masyarakat
yang membentuk penulis. Selain itu, beliau juga menceritakan bagaimana
penulis-penulis luar negara mampu menghasilkan karya yang baik dan berkualiti
dan diterima masyarakat.
Manakala bahagian novel pula dijalankan oleh penulis
terkenal iaitu, Dr Faisal Tehrani menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan
novel dari segi penggunaan ayat, plot, latar, watak perwatakan dan kesilapan
–kesilapan yang biasa dilakukan oleh Penulis. Beliau juga menyarankan agar
penulis menulis secara logik dan diterima akal.
Manakala Penulis tersohor, Razali Endun ‘membedah’ karya
– karya peserta secara santai dan kritis agar para peserta tahu apa kesalahan –
kesalahan yang dilakukan dalam menghasilkan karya. Malahan para peserta boleh
bertanya lanjut dan mendalam tentang karya mereka sendiri.
Seorang penulis kelahiran Melaka, Hanita Hassan juga
telah memberikan panduan bagaimana untuk menjadi Penulis yang baik dan panduan
menghantar karya ke penerbit. Selain itu beliau juga berkongsi pengalaman
sepanjang bergelar Penulis.
suatu program memperkasa jiwa dan minda
ReplyDelete"PENULIS MEMBENTUK MASYARAKAT"
Tahniah ...IPM
terima kasih :)
ReplyDelete