Lyra Soraya seorang gadis remaja yang
mendambakan cinta pertama. Pandangannya tertarik kepada Syafizal, seorang
pelajar senior yang terkenal di kolej mereka. Disebalik kebahagiaan keluarga,Lyra
Soraya sebenarnya tidak menyedari akan ketegangan
yang wujud antara papa dan mama. Hati Lyra Soraya tercarik apabila papanya membuat
keputusan untuk mengahwini pekerjanya sendiri. Lebih memilukan mama Lyra Soraya
merestui perkahwinan itu.
Hidup Lyra Soraya lebih bermakna apabila
impiannya untuk memiliki cinta Syafizal menjadi
kenyataan tanpa mengetahui cinta pura – pura dari Syafizal adalah satu
permainan yang dicabar oleh Ameer.
Lyra Soraya mencemburu ibu tirinya yang
dipanggil umi. Segalanya berubah bila Syafizal memutuskan hubungan apabila rahsianya
terbongkar. Akibat terlalu kecewa Lyra Soraya mengalami kemurungan dan
kekecewaan dan dari situ perhatian dari ibu tirinya membuatkan Lyra Soraya
berubah akan sikap prejudisnya. Kisah cinta antara dia dan Fareez mula bermula apabila
Fareez sentiasa menghadirkan diri dalam hidupnya. Meskipun beberapa kali
ditolak, Fareez tetap menanti namun dua gadis juga menagih cinta dari Fareez.
Mereka berdua tetap mahu mempertahankan cinta meskipun ada halangan dan
gangguan. Malahan Norhana juga cuba mahu meraih perhatian dan cinta dari
Fareez.
Cinta gila Khafizah terhadap Fareez sedikit
sebanyak menimbulkan rasa ragu dan cemburu. Keakraban Lyra Soraya dengan ibu
tirinya mula mengundang gusar di hati ibu kandung. Sekali lagi, Lyra Soraya
mengalami putus cinta dan mula membenci lelaki namun tanpa disedari Fareez
berada diambang maut.
Kehadiran Azhan juga menggugat hubungan Lyra
Soraya dengan Fareez. Azhan mengambil berat terhadap Lyra Soraya
Lyra Soraya rasa bersalah bila mendapat tahu
Fareez menghidap penyakit barah tahap 4 otak. Lyra Soraya mengambil keputusan
untuk menjaga Fareez di hospital meskipun ditolak oleh Fareez. Lyra Soraya
tetap berkeras mahu menjaga Fareez. Setiap kali Fareez ingin tidur, Lyra Soraya
akan memesan agar bangun keesokan pagi. Lyra Soraya terlalu bimbang jika Fareez
pergi tanpa dia sedari. Sebenarnya, setiap kali Lyra Soraya tertidur, Fareez
menulis nota – nota cinta lalu dijadikan bintang lalu disimpan ke dalam botol.
Fareez memberitahu Lyra Soraya adalah mahu melihat rakan pasukan futsal, Versus
Core bermain di perlawanan akhir. Hasrat itu tercapai. Itulah saat – saat
terakhir Fareez bersama rakan – rakan pasukannya. Sehinggalah, Lyra Soraya
bangun pagi untuk mengejutkan Fareez namun Fareez kaku dalam tidur.
Pemergian Fareez membuatkan Lyra Soraya
terlalu kecewa dan berusaha mencari dirinya yang lalu dengan bantuan papa, mama
dan umi. Kesedihan itu bercambah apabila umi meninggal dunia sewaktu melahirkan
anak kembarnya. Setelah tamat pengajian ijazah, Lyra Soraya membuat keputusan
mahu meneruskan pengajiannya diluar negara tetapi dihalang oleh papa atas alasan bimbang dan keluarga Lyra Soraya
mencadangkan untuk menjodohkan Lyra Soraya dengan Azhan
kalau ada stok novel,kita bicarakan novel ni.
ReplyDeleteStok tak ada dah. Dah ahbis dah....kalau nak aku boleh order lagi...
ReplyDelete