Thursday, December 17, 2020

Muhammad Yusuf Harun dan Ikatan Persuratan Melayu (IPM)



Sempena 70 tahun Ikatan Persuratan Melayu, pihak IPM ingin mengenalkan tokoh-tokoh terawal yang menubuh sehingga merajui IPM  hingga bertahan sehingga hari ini. Tanpa mereka, IPM, persatuan yang paling tua di Malaysia tidak akan wujud. 

Penubuhan Ikatan Persuratan Melayu diinspirasikan dari ASAS 50 dan menerima sokongan kuat dari penulis-penulis terkenal antaranya Keris Mas. Oleh itu, marilah kita berkenalan dengan tokoh-tokoh IPM.

Beberapa rakan ada beritahu dan bertanya, kenapa tiada maklumat dan wikipedia tentang Muhammad Yusof Harun, Ketua 1 IPM?Orangnya sangat segak, jelas ketokohannya sebagai pemimpin. Di Melaka beliau seorang pemberita yang sangat
hebat
dan terkenal juga penulis puisi. Beliau lebih dikenali sebagai cikgu Harun dan nama penanya, Putera Melaka.
Beliau menulis berita secara sambilan untuk 3 akhbar. Beliau lebih dikenali sebagai Wartawan Utusan Melayu. Apabila kereta yang dipandu Yusof Harun berada di khalayak, kereta beliau dikatakan kereta Utusan Melayu. Beliau merupakan Wartawan yang sangat terkenal di Melaka. Antara akhbar Utusan Melayu dan Melayu Raya, Yusuf Harun memilih untuk berkhidmat dengan Melayu Raya.
Akhbar Melayu Raya antara akhbar yang memainkan peranan penting dalam menyiarkan kisah Natrah dan akhbar ini dikatakan menjadi punca rusuhan Natra.
Al Fatihah untuk Muhammad Yusuf Harun.


Allahyarham Tn Hj Mohammad Yusof Harun

 Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu yang pertama


Allahyarham Datuk Jamil Sulong antara pengasas Ikatan Persuratan Melayu (IPM) sebelum berhijrah ke Singapura menjadi pelakon dan pengarah filem terkenal.



Datuk Usman Awang, Sasterawan Negara juga antara pengasas Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan juga Setiausaha IPM yang pertama


Allahyarham Tn Hj Abdul Samad Ahmad
Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu yang kedua


Allahyarham Datuk Mokhtar Yassin
Sasterawan Negeri Melaka yang pertama
Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu (IPM) yang ketiga


Allahyarham Tn Hj Razali b Endun
Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu yang keempat


Tn Hj Ab Razak b Adam
Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu yang kelima

Gambar kenangan yang pertama penubuhan
Ikatan Persuratan Melayu
di sekolah Melayu Bukit China pada tahun 1950. Allahu sudah 70 tahun penubuhan IPM. Gigih meneruskan perjuangan demi sastera, seni dan budaya. Al Fatihah untuk pejuang IPM yang telah pulang ke Rahmatullah










































No comments:

Post a Comment