Pada 14 Oktober, Isnin telah berlangsung satu kongres sempena Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka anjuran GAPENA bersama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan Institusi Seni warisan Melaka (INSWA). Kongres yang di rasmikan oleh Ketua Negeri Melaka, YB Tn Hj Adly Zahari berlangsung di Grandball Aras 2, MITC Melaka. Turut hadir Speaker Melaka, YB Omar Jaafar, YB. Datuk Muhammad Jailani b Khamis, Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan. Jabatan Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama.
Kongres ini turut diserikan dengan kehadiran Dato' Seri Dr. Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Harapan yang membicarakan Bahasa Melayu Sebagai Alat Penggemblengan dan Permuafakatan Budaya Bangsa Nusantara
Peranan Sastera Dalam Penyatuan Bangsa oleh YBhg Datuk Hj Zainal Abidin b Datuk Wira Borhan, Ketua 1 GAPENA dan moderator Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu Melaka, Tn Hj Ab Razak b Adam. |
Perlaksanaan Bahasa Melayu Dalam Agensi Kerajaan di Nusantara. Disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama, Institut Kajian Etnik, UKM. Moderator Cikgu Ahmad Zauawi Che Cob |
Peranan Bahasa dan Persuratan Dalam Pembentukan Jati Diri Ummah Nusantara
YBhg Prof Datuk Dr Awang Sariyan Kembara Bahasa
Penyandang Kursi Za'ba Peradaban Melayu., UPSI.
YBrs Djamal Tukimin
Sasterawan Negara Singapura
YBhg Dr Salman Al Farisi
Penaung Rumah Baca, Lombok Indonesia.
Moderator: YBrs Mohamad Raimi b Ab Rahim, Presiden ABIM.
|
Ucapan perasmian penutup oleh YAB tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka |
No comments:
Post a Comment