Buku ini baskhah terakhir yang saya temui di kedai buku Pages yang terletak di Melaka Mall. Buku yang dijual dengan harga RM 5 ini memaparlan tokoh-tokoh sastera kelahiran anak Melaka dan yang bermastautin di Melaka memperjuangkan kemerdekaan dan sastera. Mengambil semangat ASAS 50, Ikatan Persuratan Melayu ditubuh.Tokoh-Tokoh IPM. Banyak nama-nama besar dalam buku ini. Antara nama besar Hj Mokhtar Yassin, Datuk Usman Awang, Datuk Jamil Sulong, Zaharah Nawawi dan ramai lagi
Tuesday, December 29, 2015
Tokoh-Tokoh IPM
Buku ini baskhah terakhir yang saya temui di kedai buku Pages yang terletak di Melaka Mall. Buku yang dijual dengan harga RM 5 ini memaparlan tokoh-tokoh sastera kelahiran anak Melaka dan yang bermastautin di Melaka memperjuangkan kemerdekaan dan sastera. Mengambil semangat ASAS 50, Ikatan Persuratan Melayu ditubuh.Tokoh-Tokoh IPM. Banyak nama-nama besar dalam buku ini. Antara nama besar Hj Mokhtar Yassin, Datuk Usman Awang, Datuk Jamil Sulong, Zaharah Nawawi dan ramai lagi
Monday, December 28, 2015
Berita Bicara Karya Penulis Selatan
Alhamdulilah Program Bicara Karya penulis Selatan yang berlangsung pada awal Oktober di Kolej Universiti Islam Melaka dengan kerjasama KUIM< DBPWS, ITBM, dan PPJ tersiar di majalah Jendela Selatan Edisi Disember 2015 dan akhbar Berita Harian.
Alhamdulilah program ini juga mendapat sambutan hangat dari dua buah sekolah sekitar Masjid Tanah dan pelajar-pelajar Fakulti Sains Sosial. Panel yang hadir seperti SM Zakir, Dr Shamsudin Othman dan Nazmi Yaakub dan Moderator pula adalah Penyair Melaka iaitu Tn Hj Rani Embi.
Tuesday, December 8, 2015
Sekitar Dialog Selatan di Batam
Pada 4 hingga 7 Disember, Ikatan Persuratan Melayu telah dijemput ke Batam. Jemputan bermakna ini ini atas tiket GAPENA untuk membentangkan kertas kerja sempena Hari Jadi Batam ke-186 tahun serta Dialog Selatan. Jemputan ini di hadiri oleh Tuan Hj Abdul Razak Adam selaku ketua 1, Tn Hj Shaharudin sebagai Ketua 2, Puan Zamidah Hashim dan Encik Sufrie mewakili IPM . Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu telah membentangkan hasil kerja bertajuk Hasil Penerbitan Ahli IPM Antara Tahun 2000-2015. Laporan penuh bolehlah ke blog Ketua 1 Tn Hj Abdul Razak Adam
Monday, November 30, 2015
Thursday, October 22, 2015
Berita Bengkel Penulisan Novel Bersama Maria Kajiwa
Alhamdulilah Bengkel penulisan Novel Bersama Maria Kajiwa tersiar di dalam akhbar Melaka Hari Ini pada 22 Oktober 2015 . berita ini dihantar oleh Ketua 2 IPM Tn Hj Shaharudin kepada Wartawan MHi iaitu Aflieza Arshad.
Bengkel yang berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2015 antara bengkel yang paling berjaya dan banyak disertai oleh peserta-peserta luar, Peserta paling jauh dari Pulau Pinang
Sunday, September 6, 2015
Bengkel Penulisan Biografi
Bengkel penulisan Biografi diadakan pada 5 hingga 6 September 2015 di KPA Pak Ali, Umbai. Penceramah yang diundang ialah Dr Jeniri Amir yang merupakan Penganalisis Politik dan juga Pensyarah UNIMAS.
Beliau menerangkan dengan lebih jelas bagaimana untuk menulis biografi yang baik. Bengkel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah disertai oleh beberapa ahli IPM seperti Sharifah Aisiah, Norhidayah, Saadiah Shuib, Maria Kajiwa, Cikgu Salleh, Sinarta, Siti Zuraiha, Zuhaidah, Zaiton Md Tawil, Nadiatul Husna.
Tuesday, August 25, 2015
Bengkel Penulisan Novel
Bengkel Penulisan
Novel anjuran Ikatan Persuratan Melayu.
Moderator bengkel Novelis Maria Kajiwa.
Pada 2 hingga 4 Oktober 2015
Jumaat hingga Ahad
Bertempat di, Sungai Rambai Melaka.
Penginapan, makan minum dan nota disediakan Pengangkutan dari rumah sendiri
Bayaran RM 150.
Peserta yang berminat harus membayar RM 100 dahulu sebagai persertujuan penyertaan. Bayaran penuh digalakkan. Bagi peserta yang menarik diri tetapi telah membuat bayaran, wang tidak akan dipulangkan. Tarikh mula pembayaran akan dimaklumkan.
Moderator bengkel Novelis Maria Kajiwa.
Pada 2 hingga 4 Oktober 2015
Jumaat hingga Ahad
Bertempat di, Sungai Rambai Melaka.
Penginapan, makan minum dan nota disediakan Pengangkutan dari rumah sendiri
Bayaran RM 150.
Peserta yang berminat harus membayar RM 100 dahulu sebagai persertujuan penyertaan. Bayaran penuh digalakkan. Bagi peserta yang menarik diri tetapi telah membuat bayaran, wang tidak akan dipulangkan. Tarikh mula pembayaran akan dimaklumkan.
Bengkel hanya untuk
mereka yang berminat menjadi Novelis dan belum pernah ada novel. Penyertaan ini
terbuka kepada semua tanpa had umur dan luar Melaka boleh sertai.
Tempat terhad!
Boleh hubungi saya
melalui Whatsapp atau Telegram 0193914673
Email: idanardiel@gmail.com
Email: idanardiel@gmail.com
* Sebarang perubahan
akan dimaklumkan dari masa ke semasa
Saturday, August 15, 2015
Berita Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpisah Tiada
Saturday, May 16, 2015
Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada.
Pada 16 Mei 2015- Sabtu pada jam 8
pagi telah berlangsung satu program
usahama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Selatan iaitu Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada di Hotel Seri
Costa, Banda Hilir.
Mini
Forum ini telah mengenai Sastera dan Budaya Berpisah Tiada disertai oleh
ahli-ahli IPM, dan peserta perseorangan. Moderator yang mengendalikan Mini
Forum ini ialah Encik Mohammed Nasser yang merupakan AJK Editor Malaysia. Forum yang berlangsung sekitar 2 jam dibicarakan oleh Sasterawan Negara,
A.Samad Said dan penerima Ijazah Kehormat Persuratan Melayu 2008 oleh
Universiti Utara Malaysia, saudara Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai
Dinsman.
Mini forum ini merupakan satu wacana ringkas untuk menghimpunkan
kesedaran kepada golongan penulis mengenai kepentingan dan fungsi sastera dan
budaya yang harus seiring. Sastera dan budaya merupakan satu wadah yang amat
penting dalam mengungkapkan tahap kemanusiaan kita yang sedia ada. Tahap
ketinggian sesuatu peradaban itu dapat dilihat dalam pencapaian kesusasteraan
dan keseniannya (budaya).
Objektif
Mini forum ini meliputi semangat
patriotisme dalam kalangan penulis,
persefahaman dan meningkatkan integerasi nasional dalam kalangan penulis
perlbagai kaum, memperkukuhkan
jati diri bangsa dan membina jati diri yang kukuh dalam sastera, menerapkan
nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi penulis yang berwawasan dan memupuk minat dan apresiasi terhadap sastera
dan budaya dalam kalangan penulis
Dinsman memperkatakan tentang
kepentingan budaya dalam sastera. Beliau yang merupakan Pengarah teater Bukan
Bunuh Diri dan Menunggu Kata Dari Tuhan dan tutut aktif sebagai aktivis Budaya
menekankan bahawa seni-budaya sesuatu yang fitrah dalam kehidupan dan amat diperlukan
oleh manusia. Seni-budaya dengan tekad budayanya berusaha untuk mengembalikan
keseimbangan denganmemperbanyakkan aktiviti seni-budaya dalam masyarakat dan
mendidik masyarakat agar menghargai dan menikmati karya-karya sastera dan seni
budaya.
Bagi Sasterawan
Negara, Datuk A.Samad Said pula, berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar
Penulis sehingga dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Beliau turut
menyentuh peranan Asas 50 yang menjadikan sastera sebagai alat menentang
penjajah. Menurut beliau lagi Sasterawan membabat ilmu sisasah. Kekayaan boleh
membeli pemerintahan tetapi kita sebagai
masyarakat menyediakan kehidupan untuk anak cucu kita. Sasterawan juga menjadi
Budayawan dengan menulis dan mempraktikkan apa yang ditulis.
Malahan
Forum ini juga dikaitkan dengan kepentingan Sains di kalangan penulis. Seni dengan sains, Budaya dengan sains, Sastera dan Sains dan dan bagaimana jika
keempat-empat elemen digabungkan dalam
masyarakat. Walaupun adakala saling memerlukan dan tidak memerlukan namun
pemisahan ini bukan satu masalah kepada masyarakat.
Sastera Budaya merakamkan
pelbagai sisi kehidupan masyarakat. Dengan itu kita boleh mengetahui status
sosial, aktiviti masyarakat, system pentadbiran Negara, selain menikmati
estetiknya sebagai karya sastera yang sangat indah.. karya sastera menjadi
wadah penting untuk merekodkan pelbagai hal yang menyentuh kehidupan amsyarakat
disamping memancarkan system pemerintahan, ekonomi, budaya, pendidikan dan
sebagainya.
Monday, March 2, 2015
Kembara Sastera Sungai Linggi
1 Mac 2015- Ikatan Persuratan Melayu (IPM) menganjurkan kembara sastera
Sungai Linggi. 40 orang peserta mengikuti bagi menikmati keindahan dan
kehijauan sepanjang perjalanan hingga ke
Tg Agas yang mengambil masa hingga 2 jam setengah. Kami bertolak dari jeti Kg
Paya lebar menyusuri perlahan-lahan sungai hingga menemui dua sempadan yang
menghubungkan Melaka dan Negeri Sembilan.
Pernah dikaitkan dengan laluan yang
digunakan oleh Hang Tuah semasa membawa puteri Tun Teja dari Pahang untuk
dipersembahkan kepada Sultan Melaka, Sultan Mansor Shah. Malahan Sungai sejarah ini turut dikaitkan dengan Laksamana
Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Poh. Selain itu Sungai yang dikaitkan
dengan udang galah ini dikatakan menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China
maka tidak hairanlah jika wujud tempat bernama Ramuan China dan Lubok China.
Sungai Linggi adalah jalan pengangkutan yang sangat
penting dan di beberapa kawasan di sungai itu terutama di kawasan Sungai Rembau
dan Sungai Pedas ada didirikan kubu pertahanan ketika berlaku peperangan dengan
Inggeris satu masa dahulu.
Kami singgah ke pusat pembakaran arang yang disahakan
oleh pasangan suami isteri. Proses pembakaran arang ini mengambil masa 24 jam. Kami
diterangkan bagaimana proses menghasilkan arang. Arang yang telah siap
dibungkus mendapat permintaan tinggi
hingga ke luar Melaka dan Negeri Sembilan terutama peniaga-peniaga Ikan .
Menurut sumber lisan, dahulu-kala Sungai Linggi boleh d imudik sejauh ke
Pantai.
Kapal-kapal kecil boleh belayar jauh ke pedalaman lembah Sungai Linggi. Sejarah
awal sekitar abad ke-16 Masihi, Sungai Linggi menjadi laluan perdagangan utama
antara Melaka dan Sungai Ujong.
Pada abad ke-18 Masihi,ia menjadi laluan perdagangan bijih timah. juga menjadi
kawasan dan sempadan pengaruh politik antara Datuk Syahbandar Sungai Ujong dan
Datuk Kelana Sungai Ujong. Datuk syahbandar Sungai Ujong mengawal dan berpengaruh
bermula dari Linggi, Pengkalan Kempas, Rantau,Mambau, Rahang, Bukit Kepayang
dan Labu. Manakala Datuk Kelana Sungai Ujong berpengaruh dari Lenggeng, Mantin,
Ampangan, Paroi dan Sungai Gadut.
Seterusnya kami ke Kota Simpang yang merupakan peninggalan sejarah
dari Zaman Belanda datang ke Melaka. Tapak yang dipercayai bangunan pentadbiran
Belanda ketika menjajah Melaka masih mempunyai tiang, tembok dan perigi.
Sebelum pulang kami singgah ke Taman Lokan. Di situ, beberapa orang ahli
IPM termasuk ketua 1, Tn Hj Razak Adam
membacakan sajak berkaitan dengan keindahan sungai, kehidupan nelayan,
perjuangan dan sebagainya.
Kembara
sastera ini berakhir pada jam lima petang dengan menyaksikan nelayan-nelayan
menjala, memancing, bangau putih singgah di pesisir sungai, monyet-monyet berkeliaran di tepi
sungai smabil memanjat dan bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain. Malahan
kami turut menyaksikan pelbagai jenis pokok dan buah-buahan yang sukar ditemui
di pesisir sungai ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)