Pada 16 Mei 2015- Sabtu pada jam 8
pagi telah berlangsung satu program
usahama Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Selatan iaitu Mini Forum: Sastera dan Budaya Berpiasah Tiada di Hotel Seri
Costa, Banda Hilir.
Mini
Forum ini telah mengenai Sastera dan Budaya Berpisah Tiada disertai oleh
ahli-ahli IPM, dan peserta perseorangan. Moderator yang mengendalikan Mini
Forum ini ialah Encik Mohammed Nasser yang merupakan AJK Editor Malaysia. Forum yang berlangsung sekitar 2 jam dibicarakan oleh Sasterawan Negara,
A.Samad Said dan penerima Ijazah Kehormat Persuratan Melayu 2008 oleh
Universiti Utara Malaysia, saudara Shamsudin Osman atau lebih dikenali sebagai
Dinsman.
Mini forum ini merupakan satu wacana ringkas untuk menghimpunkan
kesedaran kepada golongan penulis mengenai kepentingan dan fungsi sastera dan
budaya yang harus seiring. Sastera dan budaya merupakan satu wadah yang amat
penting dalam mengungkapkan tahap kemanusiaan kita yang sedia ada. Tahap
ketinggian sesuatu peradaban itu dapat dilihat dalam pencapaian kesusasteraan
dan keseniannya (budaya).
Objektif
Mini forum ini meliputi semangat
patriotisme dalam kalangan penulis,
persefahaman dan meningkatkan integerasi nasional dalam kalangan penulis
perlbagai kaum, memperkukuhkan
jati diri bangsa dan membina jati diri yang kukuh dalam sastera, menerapkan
nilai-nilai murni untuk melahirkan generasi penulis yang berwawasan dan memupuk minat dan apresiasi terhadap sastera
dan budaya dalam kalangan penulis
Dinsman memperkatakan tentang
kepentingan budaya dalam sastera. Beliau yang merupakan Pengarah teater Bukan
Bunuh Diri dan Menunggu Kata Dari Tuhan dan tutut aktif sebagai aktivis Budaya
menekankan bahawa seni-budaya sesuatu yang fitrah dalam kehidupan dan amat diperlukan
oleh manusia. Seni-budaya dengan tekad budayanya berusaha untuk mengembalikan
keseimbangan denganmemperbanyakkan aktiviti seni-budaya dalam masyarakat dan
mendidik masyarakat agar menghargai dan menikmati karya-karya sastera dan seni
budaya.
Bagi Sasterawan
Negara, Datuk A.Samad Said pula, berkongsi pengalaman sepanjang beliau bergelar
Penulis sehingga dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara. Beliau turut
menyentuh peranan Asas 50 yang menjadikan sastera sebagai alat menentang
penjajah. Menurut beliau lagi Sasterawan membabat ilmu sisasah. Kekayaan boleh
membeli pemerintahan tetapi kita sebagai
masyarakat menyediakan kehidupan untuk anak cucu kita. Sasterawan juga menjadi
Budayawan dengan menulis dan mempraktikkan apa yang ditulis.
Malahan
Forum ini juga dikaitkan dengan kepentingan Sains di kalangan penulis. Seni dengan sains, Budaya dengan sains, Sastera dan Sains dan dan bagaimana jika
keempat-empat elemen digabungkan dalam
masyarakat. Walaupun adakala saling memerlukan dan tidak memerlukan namun
pemisahan ini bukan satu masalah kepada masyarakat.
Sastera Budaya merakamkan
pelbagai sisi kehidupan masyarakat. Dengan itu kita boleh mengetahui status
sosial, aktiviti masyarakat, system pentadbiran Negara, selain menikmati
estetiknya sebagai karya sastera yang sangat indah.. karya sastera menjadi
wadah penting untuk merekodkan pelbagai hal yang menyentuh kehidupan amsyarakat
disamping memancarkan system pemerintahan, ekonomi, budaya, pendidikan dan
sebagainya.